Thursday, March 20, 2014

USAH MENGHARAP


Usah berharap ucapan terima kasih manusia.
Usah di tagih ucapan terima kasih....
Ketika melakukan sesuatu kebaikan,
Jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.
Berharaplah hanya kepada Allah. Serahkan sahaja  kepada Allah setiap
Kebaikan  dan kebajikan  yang  di lakukkan
 Kata bijak pandai,
“Jangan mengharapkan ucapan terima kasih
 kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.”
 Malah ada di antara hukama berkata,
 “Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih
 daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”
Bukan kah  orang  yang  ikhlas  melakukan  sesuatu  dengan  niat  kerana  Allah
Lantas  biar lah  Allah yg menilai, memberi  pahala   dan  ganjaran
atau   serahkan  segalanya hanya  kepada  Allah  swt.
Hati  yang  ikhlas  tidak  mengharap  sanjungan  dan pujian manusia....
Tapi  keredhaan  Allah  itu  adalah   matlamat  utama.....

No comments:

Post a Comment