Doa dan Harapan
Di saat saat yang mencemaskan
Di saat saat yang mengharukan
Dengan linangan air mata
Penuh sebak di dada...
Dengan kerendahan hati....
Hanya doa dan harapan
Paling kurang ukhwah sesama muslim
Gembira dengan kegembiraan saudaranya..
dan sedih dengan kesedihan saudaranya..
Atau walau kita berlainan bangsa, berlainan agama
berlainan rupa kulit, berlainan negara..berlainan segala galanya...
hakikat nya kita semua adalah makhluk ALLAH...
yang saling perlu memerlukan antara satu sama lain..
Ya ALLAH , permudahkan lah penyelesaian masalah kami...
berilah ketabahan hati....
buat mereka yang kau pilih untuk menerima ujian Mu..
Ya ALLAH dengan kasih sayang, rahmat dan kebesaran mu,
Sesungguhnya engkau lebih mengetahui mengapa
negara kami yang di pilih untuk menerima ujian ini Ya ALLAH..
kerana sesungguhnya setiap ujian, setiap kesusahan dan penderitaan
ada hikmah yang tersembunyi kerana sesungguhnya
engkau lebih mengetahui akan segala galanya....
Moga moga dengan ujian ini akan bertambah ibadah, bertambah iman
dan bertambah taqwa , bertambah ikatan silaturahim
dan pengharapan kami kepada mu Ya Allah..
Kerana sesungguhnya kepada mu tempat kami meminta , kepada mu tempat
kami mengharap..kepada mu tempat kami mengadu
hanya pada mu tempat kami memohon keampunan...
Andai kerana banyak nya dosa dosa yang telah kami lakukan
maka dengan rahmat dan kasih sayang mu
kau ampuni lah segala dosa dosa kami Ya Allah..
Moga moga sudilah kiranya kau menerima harapan, permintaan
dan doa doa kami semua... insan yang lemah dan sentiasa
berdosa ini Ya ALLAH...
Amin...
Salam penuh kasih sayang....
No comments:
Post a Comment