Thursday, December 29, 2011

Aktiviti Akhir Dis 2011

24 Dis 2011
Bawa Pelajar untuk penyertaan sempena sambutan 500 tahun melaka pindah
di Sekolah Keb  Melaka pindah Alor Gajah

28 Dis 2011
Wakil KPP - Mesyuarat Program Penyerahan Mock Cheque
Yayasan Sime Darby Kepada UiTM untuk Program MDAB
Majlis pada 17 Jan 2012 di DTS
Mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama

30 Dis 2011
-Mesyuarat Akhir Kursus JPK
Dewan Bendahara

-Majlis Jasa Mu Di Kenang
Untuk Timb Rektor HEP
di Dewan Taming  Sari

31 Dis 2011
Hari Keluarga HEP & PPP Kolej
Di Tasik Tun Fatimah

Motivasi terbaik adalah sesuatu yang dipelajari dari kehidupan.

Kekadang situasi negatif juga menjadi motivasi, syaratnya kita
 perlu melihat situasi negatif itu dari sudut berbeza.

Hidup ada dua jenis, dua aspek, dua bahagian, dua elemen.

Positif dan negatif, baik dan buruk.
Yang buruk sifatnya memusnahkan dan menghalang. 
Yang baik sifatnya membina dan memberi dorongan.

Fikiran yang baik akan mendorong Anda bersemangat 
membina kejayaan. Anda rasa terdorong. Anda rasa berinspirasi.

Fikiran yang buruk akan membuat Anda tertekan. 
Anda tidak ada semangat memburu kejayaan
Kesannya Anda merasa kejayaan bagai satu perkara yang mustahil untuk dicapai.

Motivasi Anda tidak ada, bahkan Anda mencemuh tiap kali berfikir,
 bercakap pasal motivasi.

Hidup ini merupakan satu perjalanan.

Terpulang pada Anda, mahu bergerak maju ke depan
atau simply tidak mahu bergerak ke mana-mana,
cukuplah dengan apa yang Anda.

Anda ada peluang untuk mengecap hidup lebih baik. 
Kenapa tidak rebut peluang itu?

Bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sekarang ini jalan sudah ada, soalnya langkah 
Anda menuju kejayaan bagaimana.. berhenti atau terus berjalan?

Wednesday, December 28, 2011

FIKIRKAN KEBAIKAN

Usah bebani fikiran kita
dengan fikiran  yang buruk buruk
tapi layani lah fikiran kita dengan
perkara perkara yang baik baik
dengan memikirkan segala nikmat
yang ada pada kita...
contoh  kesihatan yang baik
punya segala pancaindera....
masih boleh menghirup udara yang segar
masih boleh bersahabat dan bersilaturahim
masih punya kudrat dan tenaga
masih punya wang dan harta
dan seribu satu nikmat yang
Allah kurniakan pada kita...
fikirkan kejayaan dalam kerjaya
fikirkan kejayaan dalam mendidik anak anak...
fikirkan kejayaan  bisnes...
fikirkan kejayaan dalam  membina kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat....
moga kejayaan kejayaan itu....
akan memeriahkan fikiran dan perasaan kita...
moga moga kita akan terus berjaya...
insyaalah ... amin

Hidup memang selalunya indah.

Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Anda.

Anda menjadikan hidup Anda tidak  indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.

Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.

Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.

Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh, tiap kali Anda memikir masalah, samalah seperti Anda selalu meminta masalah dimunculkan.

Setiap kali Anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah Anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup Anda.

Setiap kali Anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kepokaian, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau simply sesuatu berlaku di luar kemahuan Anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.

Bertenanglah. Berserahlah.

Apabila sesuatu sudah berlaku, Anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi Anda akan kuasa mengawal apa yang bermain di fikiran Anda.

Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.

Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada Anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada Anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.

Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.

Ubah sikap Anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.

Bezanya, cepat atau lambat saja.

Tuesday, December 27, 2011

Ambil lah iktibar
kalau mahu sedar....
Ambil lah iktibar
kalau mahu insaf
Ambil lah iktibar
kalau mahu ...berubah
ke arah yang lebih baik..
setiap peristiwa yang berlalu...
setiap kejadian yang berlaku...
Diri  harus selalu di nasihati
diri  harus selalu di ingati..
diri harus selalu di berikan ilmu..
diri harus selalu di tarbiah...
diri harus selalu muhasabah... diri
agar ... diri tidak lupa diri..
Anda kena sedar dan kawal kata-kata di fikiran.
Awas. Elak kata main lepas saja.
Elak cakap main hambur saja.
Elak cakap ikut suka hati Anda saja.
Elak mengamalkan sikap tidak ambil peduli dan tidak ambil kisah.
Berhati-hati apabila  kita marah.....
sumber

Sahabat sahabat KHS Pertemuan di Rumah Cikgu Jamilah

Kadang kadang bukan semudah itu untuk mengumpul
kembali  persahabatan yang telah sekian lama terpisah..
maklum lah telah puluhan tahun tidak bersua dan bertemu.
Kadang kadang masing masing  sibuk dengan urusan yang
terpaksa di hadapi...
Kadang kadang  kesesuaian masa dan tempat  tidak bertepatan
dengan diri... atau ada halangan halangan  lain..
atau kadang kadang dengan tiba tiba.. ada sesuatu  yg mendesak
yang  tidak mengizinkan untuk bertemua....
atau mungkin... seribu satu rintangan yang  harus dilalui...
demi  utuk  satu  pertemuan... berjumpa dengan kawan2  lama...
satu pesanan sahabat...
katanya betul kan niat...kerana Allah... mencari kebaikan,,, mungkin untuk membuang yang keruh
dan mengambil yang jernih...
ikhlas kan hati...
moga ada nilai kebaikan dan nilai ibadah... sisi tuhan....




Tuesday, December 20, 2011

kita saling perlu memerlukan

Dalam kehidupan ini...
kita sebenarnya saling perlu memerlukan...
antara satu sama lain....
Justru itu alangkah baik...
andai  kita dapat saling doa mendoakan
antara satu sama lain...
bertolong bantu antara satu sama lain
berkasih sayang .dan bertolak ansur... demi  keredhaan tuhan....
agar dalam diri jadi aman, tenang, dan harmoni....
lantas begitu jugak hendak nya dalam masyarakat dan negara....
sebagai contoh  anak anak perlukan ibu dan ayah untuk
 melindungi, mendidik mengasuh, dan memberi segala keperluan nya...
murid murid perlukan guru untuk mengajar, mendidik
dan memberi ilmu dan contoh tauladan yang secukupnya..
dan seterusnya... dengan  hidup berkawan dan bersahabat  kita dapat
saling kenal mengenal, saling bersilaturahim , saling bertolong bantu, saling bekerjasama
dan saling hormat menghormati...
moga dengan kebaikan kebaikan itu.. rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa
mengiringi  kita ... insyaalah!







syukur....
kerana dengan izinnya kita dapat bertemu kembali....
terima kasih kepada sahabat sahabat ku....
di atas kesudian kalian untuk menjalin kembali persahabatan dan silaturahim
mungkin ... ini rezeki kita untuk dapat berjumpa....
moga moga  lebih ramai lagi kawan  dapt kita pertemukan
di masa masa akan datang insyaalah...
sana sana kita saling doa mendoa kan...
moga sejahtera selalu...bahagia selalu...
selamat di sini dan di sana.... amin!

Tuesday, December 13, 2011

Terus munajat dan nasihat

Kita terus munajat...
dan nasihat...
Setiap peristiwa  ada nasihat dan iktibar buat kita...
setiap peristiwa ada pengajaran dan pembelajaran untuk kita...
buka hati.. buka minda  dan buka fikiran...
renung dan fikir sedalam dalam nya...
moga  dapat  keinsafan.. dapat kebaikan..
dapat ilmu dan  dan kesedaran...
moga moga hadir ...
....rasa kehambaan dalam diri
dalam hati sanubari...

Sunday, December 11, 2011

Adakala nya kita perlu untuk  membuat  sedikit catitan untuk rujukan. kerana kadangkala
apabila tidak di catit terus lupa dan hilang dari ingatan... begitu lah manusia...
kadang kadang ingat... dan kadang kadang lupa....

9 Dis 2011  -Pagi -- Aktiviti  gotong royong  membuat  bubur lambuk
Buat  bubur  lambuk 3  periuk besar untuk di agih agihkan kepada staf & pelajar

9 Dis 2011 - 10.30 - 5.00 ptg-  Vetting Soalan di Dewan Syura Al Mizan ( yang terlibat)

10 Dis 2011 -   8.30 - 3.00 ptg Vetting soalan di Dewan Syura Al Mizan

10 Dis 2011 - 5.00 ptg - Balik ke hutan melintang-

11 Dis 2011 - 8.30 pagi  - Pergi ke hospital Teluk Intan ziarah anak buah  Izhar Firhan

11 Dis 2011 - 1.00 tgh - Pergi Majlis perkahwinan Ustazah Zaleha di Kg Sg Yu Tanjung Karang

11 Dis 2011 - 5.00 ptg - Balik ke Melaka

akan datang
16 &17  dis - Jumaat & Sabtu- Urusetia  Vetting soalan  Zon selatan






Wednesday, December 7, 2011

Kita insan yang lemah

Apa lah ada pada kita..
insan yang lemah..
insan yang kerdil..
insan yang terlalu mengharap
kasih sayang  dan rahmat Allah..
insan yang tak punya apa apa
segala yang ada hanya pinjam pinjaman
segala  pancaindera
mata telinga, mulut lidah, tangan, kaki
dan seluruh anggota....dan jiwa raga.
hanya pinjam pinjaman...
segala galanya milik Allah....
bukan milik kita...

Lantaran itu...
Jangan sombong dan bongkak
Jangan meninggi diri dan takkabur
Rendah kan hati  selalu...
kerana  kita insan
yang lemah  lagi dhaif...

Hadirkan selalu rasa bersyukur

Hadirkan selalu rasa bersyukur
Hadirkan sentiasa rasa bersyukur
dalam diri, dalam hati...
kerana kalau tidak rasa bersyukur
ada harta tidak bersyukur dengan harta
dan sentiasa tidak puas...
ada pangkat  tidak bersyukur dengan pangkat
sentiasa tidak tenang..
ada  kesihatan yang baik tidak bersyukur dengan kesihatan yg baik...
sentiasa tidak redha..
ada sahabat
ada anak anak
ada cukup panca indera
ada kenderaan dan segala galanya...
sentiasa keluh kesah...
sentiasa marah marah
sentiasa tidak redha dengan tuhan...
ini lah akibat kalau tidak bersyukur...
oleh itu untuk  perolehi
ketenangan,kesabaran... dan kebahagiaan
syukuri segala nikmat yang ada pada kita....
renung renungkan betapa...banyak nikmat yang
Allah kurniakan kepada kita.... selama ini...
..wallahualam...

Sunday, December 4, 2011

Moga rohnya di cucuri rahmat Ust Hj Mohamad Sulaiman Zahlan

5 DIS 2011  (ISNIN)
AL-FATIHAH

Assalamualaikum w.b.t

Dukacita dimaklumkan, Ustaz Hj Mohammad Sulaiman Bin Zahlan telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi di Hospital Melaka kerana Serangan Jantung. 
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kelemak Jaya pada hari ini pukul 11.00 pagi  ini
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.  Amin.
Salam Takziyah Buat isteri Allahyarham  & keluarga


Gambar gambar sewaktu  Majlis Doa Awal Muharam 
di Masjid Al Hikmah pada 26 Nov 2011



Ust Sulaiman bersama  Ust  Hanif (Imam )
Gambar ketika majlis pelancaran Tadarus Al Quran Staf 12 ogos 2011



UiTM KEHILANGAN BESAR ATAS PEMERGIAN USTAZ SULAIMAN ZAHLAN

ALOR GAJAH, 5 Dis-Kira-kira 400 Orang Warga Kampus Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka telah hadir dimajlis pengkebumian jenazah Allahyarham Ustaz Mohammad Sulaiman Zahlan.Allahyarham berusia 54 tahun, juga merupakan seorang  pensyarah Center for Islamic Thought And Understanding (CITU), Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka dan  telah meninggalkan lapan orang anak.Majlis bacaan Yassin dan tahlil telah dihadiri oleh Datuk Prof Madya Dr.Mizan Hitam selaku Rektor UiTM Melaka.Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang pesyarah CITU yang sukar dicari ganti, dan telah menyumbang sepenuh kudrat untuk pembangunan modal insan dari kalangan para penuntut UiTM.”Saya amat sedih diatas pemergian seorang ilmuan yang berdedikasi,rendah diri dan banyak menyumbang untuk kepentingan pelajar dan ummah secara keseluruhannya, kita doakan roh dan jasad beliau akan disemadikan dari kalangan orang-orang yang soleh, katanya”.
Menurut Mizan, Allahyarham juga pernah , beberapa kali memohon menarik diri daripada memegang jawatan sebagai Ketua CITU, namun permohonan berkaitan ditolak atas sebab sumbangan serta khidmat bakti beliau masih diperlukan.”Allahyarham juga telah dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 UiTM Melaka, namun Allah SWT lebih sayangkan beliau, sama-sama kita doakan kebahagianya diakhirat,” ujarnya.Mizan juga menyebut, sebelum allahyarham meninggal dunia, beliau sempat  menghantar dua,khidmat pesanan ringkas yang dikirim berbunyi”tahniah atas penganugerah Datuk sebagai  Tokoh Perkhidmatan Awam sempena sambutan Maal Hijrah 1433 dan juga ucapan penghargaan kerana dikurniakan Khidmat Anugerah Cemerlang terhadap dirinya.
Mohd Khairussani Mohammad Sulaiman,23 yang juga merupakan anak kedua menyatakan allahyarham, pada petang Ahad menerima kunjungan sanak saudaranya dengan gembira dan senyum sepanjang hari, namun disebelah petang beliau mengadu kesesakan nafas, pada mulanya enggan ke hospital, namun setelah dipujuk barulah beliau dibawa ke Hospital Alor Gajah.”Ayah daripada Hospital Alor Gajah dipindahkan ke Hospital Besar Melaka, Doktor mengesan ada jangkitan kuman diparu-paru, dalam keadaan tidak sedarkan diri tepat jam 1.40pagi, ayah telah menghembuskan nafas terakhir,ujarnya disini baru-baru ini.Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kelemak Dalam,Alor Gajah Melaka.
Menurut Shahril Anuar Abdul Ghalim selaku Ketua Pusat Pengajian Mass Comm UiTM Cawangan Melaka, Allahyarham seorang Ustaz yang sangat dihormati dan disegani dari kalangan Warga Kampus.”Saya rasa UiTM kehilangan seorang tokoh ilmuan dan agama yang kredibel dan berwawasan, semoga segala amalan dan ilmu yang dicurahkan, akan menjadi bekalan untuknya diakhirat kelak,” katanya.

sumber email lotus note: Muhammad Anwar Fahmi Han Das Abdullah

Thursday, December 1, 2011

Bahaya sekiranya ...
kita selalu memikirkan masalah...
kerana  ia akan menarik lebih banyak  masalah...

Adalah  lebih baik ..
kita  selalu  memikirkan penyelesaian masalah...
mudah mudahan ia akan mendorong
lebih banyak idea untuk  menyelesaikan masalah...

Atau lebih baik kita banyak memikirkan kejayaan
kerana  ia akan mendorong kita untuk lebih
banyak kejayaan di masa hadapan....
orang berjaya selalu memikirkan kejayaan
manakala org yang gagal  selalu  memikirkan kegagalan...



Tuesday, November 29, 2011

Majlis Bacaan Doa & Yasin Sambutan Awal Muharam di Masjid Al Hikmah 26 Nov 11

Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun
dan Awal Tahun  serta  Bacaan Yasin di Masjid Al Hikmah
























































Sunday, November 27, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1433H

Selamat  Menyambut  Tahun Baru Hijrah
Sama sama lah membetulkan niat, azam dan cita cita ...kerana Allah
Semoga  semakin bertambah Iman & Taqwa
Bertambah kasih  sayang dan silaturahim
Tambah  bermotivasi...
Bertambah  cita cita  kearah  yang lebih baik...
aman  dan harmoni...
saling doa mendoa kan  ke arah kebaikan...
Semoga hati hati  kita
dapat di bersihkan dari  sebarang mazmumah...( sifat sifat keji dan jahat)
semoga hati hati kita
dapat  di hiasi dengan sifat sifat mahmudah ( sifat sifat terpuji /baik..yg Allah suka)
semoga kita semua selamat.... di dunia dan
di negara akhirat .... amin!

Friday, November 25, 2011



Biarlah... kita selalu 
bercakap  pasal  kejayaan 
moga kita akan terus berjaya...
dan  sentiasa  mendapat  kejayaan
Biarlah...  kita selalu bercakap 
tentang  idea  moga-moga
kita akan terus di beri  idea
dan ilham  untuk  mencapai
kejayaan  dalam  apa jua bidang
yang kita ceburi.....



Monday, November 21, 2011

Saling Membantu dan Bekerjasama




Apabila kita merasa gembira
semangat  dan motivasi kita akan sentiasa meningkat...
hati akan rasa terhibur  dan seronok  melakukan sesuatu  kerja...
ini akan mendorong kita melakukan sesuatu kerja dengan lebih bersungguh sungguh
moga moga  dapat  menghadirkan  rasa gembira...
dalam  diri  selalu....








Dalam  kehidupan ini ...
kita perlu  belajar  mengerti...
kita perlu  belajar  percaya..
kita  perlu  belajar menghargai...
kita perlu  belajar  memaafkan...
kita  perlu  belajar  berjuang...
kita  perlu  belajar  berkorban...
kita  perlu  belajar  erti  sebuah  keikhlasan,,,,