Wednesday, May 30, 2012

Mari berfikir  sejenak...

Mana  mungkin hati itu baik...
kalau kata kata yang di hamburkan penuh dengan kata kata kesat, berdusta dan mengumpat,,,dan macam2 mazmumah...
mana mungkin hati itu baik...
kalau sikap yang tunjukkan penuh keegoan, kasar, ganas  dan tidak bertimbang rasa...
mana mungkin  hati itu baik..
kalau perilaku  langsung  tidak  berakhlak...
mana  mungkin  hati  itu baik...
kalau senda gurau  selalu  menyakiti  hati orang  lain dan menyinggung perasaaan orang lain..
mana mungkin hati itu baik...
kalau dihati  tidak ada langsung  perasaan belas  kasihan  kepada manusia dan haiwan...
mana mungkin hati itu baik...
kalau  di hati  tidak ada langsung rasa " kehambaan" terhadap Allah swt...

Bawa.. lah.. hati yang baik

Pergi lah kemana mana..sahaja
Berkawan lah dengan siapa saja...
Berbuat lah sebanyak mungkin  khidmat.
Bertolong bantu lah dalam  setiap perkara (kebaikan)
Bertegur sapa lah  antara satu sama lain....
Bawalah  hati yang  baik....
Kerana  hati itu nilaian  tuhan....





 Gambar sempena Hari Inovasi



Tuesday, May 29, 2012

Suluhan diri...

Fikiran perlu di kawal  dengan  memikirkan perkara yang baik baik... contohnya kejayaan  dalam  pelajaran, kerjaya, bisnes, rumahtangga dan sebagainya...Fikiran yang baik adalah anugerah tuhan... kerana ia mendorong sesaorang  untuk  melakukan kebaikan.... fikiran yang jahat adalah  bisikan  syaitan ... kerana  ia mendorong sesaorang  melakukan kejahatan...

Kawal  apa yang di fikirkan dan kawal lah  apa yang di perkatakan..
Seringkali apa kita cenderung melihat  keburukan dan kejahatan orang lain maka sikap kita akan terarah kepada  sikap yang  negatif.

Untuk  menjadi orang  yang hidup jiwa nya dan positif sikap dan tindak tanduknya...maka tanam lah  benih-benih  yang  positif  dalam hat,i diri dan peribadi... kerana  lazimnya ...kejayaan  ada  pada hati dan jiwa yang positif.
Kerana  orang yang positif  punya  daya juang yang kuat, mantap dan sentiasa bersemangat  dalam  mengharungi  cabaran  di samping  kuat  kepergantungannya  kepada  Allah swt

Monday, May 28, 2012

Apa khabar  semua...

Semoga kawan-kawan dan anda semua sentiasa dalam lindungan,petunjuk  dan rahmat Allah sentiasa..
Alangkah baiknya.. andai kita sama- sama saling doa mendoakan...antara satu sama lain...
saya doakan  saudara saudari  dan saudara saudari  doa kan kami sekeluarga... moga moga
kita semua  selamat  di dunia dan di akhirat ... amin!
Kerana  sesungguhnya  orang-orang islam itu adalah bersaudara... lantaran itu eratkan lah  tali persaudaraan...
moga moga kita semua  sentiasa di kasihi  Allah dan di kasihi  manusia...

Agak lama tidak menulis .. dalam  ruangan ini..
kadang kadang  terasa...takut untuk  menulis..
bimbang ... ada  kesalahan.. terlanjur kata.. atau tersalah bicara..
kerana  lidah yg lembut  boleh  mengukir apa saja kata -kata...
bak kata anak-anak  sekarang  " berkata  sesedap rasa"
bimbang  menanggung sengsara....

Sebagai insan yg  serba dhaif dan kekurangan...
sudah barang tentu punya banyak  kelemahan dan kekurangan di sini sana..
moga -moga kita dapat saling maaf memafkan... antara satu sama lain..
dan semoga  Allah mengampunkan segala dosa dosa kita secara sengaja
atau tidak sengaja....
kerana  sesungguhnya Allah  maha pengasih lagi  maha penyayang
terhadap  hamba hamba nya....
Andai ada keterlanjuran kami .....
ampunkan dosa-dosa kami ya Allah... amin



Wednesday, May 16, 2012


Mereka  yang mudah ceria...
mudah untuk merasa gembira dan bahagia...
mudah untuk  bersemangat  dan mudah untuk bertenaga...
lantaran itu.. gembira dan ceriakan diri selalu..