Monday, August 27, 2012

Selamat  Hari Raya
Maaf  Zahir dan Batin....
Kepada  semua... pembaca dan sahabat sahabat sekelian...

Kadang kadang boleh tersenyum bila baca..
sms  raya yang di kirim oleh  rakan rakan dan sahabat handai...

antara nya...

Tunggu tunggu rayo dah dokek...
Bakar lomang buek ketupek..
Nak antar kad rayo tak dapek dapek..
Hantar sms yo ..yang lagi copek...
'Selamat Hari Raya  Maaf Zahir Batin"

Bilo poso langsung tak dayo..
Robah rempah langsung tak bermayo
tak sompek  jumpo di hari rayo
hantar sms pun buleh juo
'Selamat Hari Raya  Maaf Zahir Batin"

lompang lompung bunyi merechun
Babi dalam somak digigit lipan
salah silap harap di ampun
moga bertomu rayo tahun dopan

Balik kg berayo sakan
lombu kobau lari berkeliaran
Masa rayo semuo nak dimakan..
Ingat lah sikit.. kek org yg sodang kebuluran


Masak lomak gulai kotam
Naik basikal masuk dalam payo
Bunyi merechun berdentum dentam
Tanda meriah menyambut rayo

Gulai lomak pucuk meranti
Campur dongan daun turi
suci kan diri bersih kan hati
Agar wajah wajah cantik berseri
"selamat hari raya maaf zahir batin"





Thursday, August 23, 2012

Roh Ramadhan...

Biar bulan ramadhan
telah berlalu...
Moga roh ramadhan...
tetap subur di hati
sanubari..
Kekal kan ibadah...
Pelihara lah lidah...
Suburkan sedekah...
Pelihara lah ukhwah....
SIFAT MAHMUDAH....

Sifat positif, sifat  Terpuji
sifat sifat yang baik....
antaranya...

Jujur
ikhlas
Tawadhuk
Amanah
Taubat
Sangka baik
Pemaaf
Pemurah
Syukur
Zuhud
Tolak ansur (Timbang Rasa)
sabar
Redha
Berani
Lapang Dada
Lemah lembut
Kasih sayang
Selalu ingat mati
Tawakal
Takut Allah....

SIFAT  MAZMUMAH
sifat negatif ,sifat yang keji..
sifat yang tidak baik..dan dibenci Allah..

Riyak
Ujub
sum'ah
takabur atau sombong
hasad dengki
pemarah
dendam
bakhil
penakut
cinta dunia
gila pangkat
gila puji
jahat sangka
putus asa
Tamak

Sifat tepuji (Mahmudah) hendaklah di pertahankan..
suburkan ...pertajamkan..
dan kekalkan kerana sifat ini di kehendaki dan di perintahkan oleh Allah dan Rasul..
serta digemari oleh manusia seluruhnya... yang mana...
ia adalah bunga diri sesaorang...


Sifat yang terkeji (Mazmumah) hendaklah di tumpaskan ..
di kikiskan.. dibuang.. dihapus.. di cabut..dengan melawan hawa nafsu..
kerana sifat sifat ini sangat dibenci  Allah dan Rasulnya  serta di benci oleh
manusia seluruhnya...

Moga akan lahir lah buah akhlak yang baik...dan manis...





Hidup kan jiwa


Apabila jiwa hidup...
apa saja yang dilihat..
dirasa....
didengar....
disentuh...
menambahkan iman...
orang yang hidup jiwanya..
sangat sensitif dengan tuhan...
apatah lagi setiap yang hebat...
terasa olehnya kehebatan tuhan...
setiap yang berlaku terasa olehnya...
kehendak tuhan...
begitulah orang yang jiwanya hidup..
rasa bertuhan sentiasa subur,,,
buahnya lahir lah rasa kehambaan...
yang mendalam....
LAHIRKAN AKHLAK MULIA....

Akhlak mulia itu lah pandangan Allah...
pandangan Rasul ...
serta pandangan manusia...
jadilah insan yang penyabar...
jadilah insan  yang berkasih sayang..
jadilah orang yang sering memberi maaf dan meminta maaf...
jadilah orang yang punya belas kasihan...
jadilah orang yang mudah redha....
jadilah orang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur...
hidup kan rasa bertuhan....
rasa rendah diri...
rasa hina..
rasa hamba...
rasa berdosa. dan bersalah...
moga moga lahir akhlak mulia...
pada diri....

Bimbangi diri...

Bila tidak mengenali diri dengan mendalam
Sering merasakan diri terlepas dari dosa....
lantas memandang jijik dan menghina,,
orang yang menbuat dosa besar yang lahir....
pada hal diri sendiri...
sombong  menjadi  pakaian...
riyak hiasan dirinya...
ingin di puji basahan nya..
pemarah budayanya...
hasad dengki amalannya...
glamour matlamat hidup nya...
semua yang ada pada diri nya ...
adalah dosa dosa besar yang tersembunyi...
dia tidak sedar kerana
mata hati nya...
sudah buta....
buangkan mazmumah...
hadir kan mahmudah....
agar hati bersinar...
dengan cahaya ilahi....
moga sentiasa mendapat..
petunjuk dan pimpinan nya.....amin

Thursday, August 16, 2012

GUGURKAN  AIR MATA....


Mohon  keampunan  kepada  yang  maha esa..
kerana  kita selalu lalai dan leka..
Gugurkan air mata...
moga moga dengan air mata
keinsafan....
dapat  memadamkan api neraka...
Takut  kepada  tuhan..
kalau kalau  terbuat  salah...
atau  takut tidak di ampunkan dosa
Penghayatan itu adalah kerja hati...
Bawalah rasa hamba di mana mana...
moga moga Allah memandang kasih
dan sayang kepada  kita......
MAJLIS  PENYAMPAIAN  SUMBANGAN  KEPADA  IMAM  GAZA  PALESTIN
PADA 12 OGOS 2012
DI MASJID AL HIKMAH 












Wednesday, August 15, 2012

MAJLIS   MENYAMPAIKAN SUMBANGAN WANG ZAKAT
KEPADA  PENERIMA
PADA  15 OGOS 2012

Semalam  saya  turut serta dalam  majlis penyampaian sumbangan  wang  zakat
bersama  pengurusan uitm dengan kerjasama  CITU  UiTM  Melaka

























Mari kita berkasih sayang ... mari kita bersilaturahim
Kasih sayang itu satu keperluan...satu tuntutan

Manusia lahir bersama  hati yang ingin di kasihi.
Ini dikatakan fitrah semula jadi manusia
Rasa ingin di kasihi  dan cetusan kasih sayang yang
sedemikian ada dalam hati setiap makhluk yang di panggil manusia
Ia adalah  rasa yang Allah  bekal kan dan anugerahkan
sejak sesaorang itu di lahirkan...
semua manusia memiliki nya. samada  lelaki atau perempuan..
ibu bapa atau anak anak..
suami atau isteri...
guru atau murid...
tidak kira apa bangsa atau agama sekalipun...
Melalui rasa  inginkan kasih sayang ini..
manusia hakikat nya adalah sama dan satu...
Rasa ingin  di sayangi adalah rasa sejagat...
Ia meletakan manusia  sebaris dan tiada perbezaan...
Jalinan rasa ini kalau berlaku di antara sesama manusia
membuatkan manusia berpadu dan bertimbang rasa...
Ia sepatutnya  berlaku begitu kerana ia  merupakan tuntutan
dan  keperluan setiap jiwa
Ia adalah hak asasi batiniah manusia yang wajib di tunaikan
Tiada manusia yang tidak memerlukan nya...
Tanpanya manusia akan hilang bahagia..

Anak-anak hilang bahagia  kalau tidak mendapat kasih sayang
dari ibu dan bapa..

Ibu bapa  menderita  bila anak anak tidak menyayangi  mereka

Murid murid tidak bahagia kalau guru tidak memberi  kasih sayang..

Sebaliknya guru juga menderita kalau murid murid tidak menyayangi nya..

Isteri  menderita kalau tidak di sayangi  suami... suami juga akan derita bila
tidak  di sayangi isteri

Pendek kata ... manusia ini walau siapa pun dia....

Mengharap  orang lain  mengasihi nya....

Dia jadi bahagia...kalau di sayangi...

Sebaliknya... dia jadi hampa dan kekosongan jiwa...
kalau orang tidak mengasihi nya...

Ini lah penyakit manusia sedunia...
menyebabkan mereka hidup dalam keadaan gelisah, tegang, emosional...
dan kecewa... hingga ada yang bunuh diri...

"Kasih sayang kunci perpaduan sejagat...."


Gambar gambar sekitar  majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin
dan iftar bersama  CITU  Pada 10 ogos 2012









Thursday, August 9, 2012


 Hidup ini adalah  suatu perjalanan

Perjalanan  yang panjang....
di hadapan sana  berbagai  kemungkinan dan cabaran  yang akan di tempuhi...

 Hidup ini  ada 2  jenis

postif  dan  negatif, buruk dan baik

Yang  buruk sifatnya  memusnahkan , menghalang, merosakan dan melemahkan diri

Yang  baik sifatnya  membina, memberi dorongan ,memberi  semangat dan  inspirasi

Fikiran  yang  buruk membuat  sesaorang akan merasa  tertekan dan  tidak  bersemangat untuk  memburu  kejayaan

Kesannya  anda  akan  merasakan  kejayaan itu bagai  suatu yang  mustahil  untuk  di capai..

Lantaran  itu bergerak lah  maju ke hadapan  kita  sentiasa berpeluang untuk  mengecap hidup yang lebih baik

Berdoa, berikhtiar dan tawakal  kepada  Allah swt



Hari keluarga CITU di Mayang Sari  Port Dickson
13 mei 2012











Monday, August 6, 2012

Sahabat  dan  rakan  pembaca

Sebenarnya  terlalu banyak  yang ingin  di tuliskan dan di coretkan di ruangan ini, kerana  kehidupan ini penuh dengan  ilmu  dan pengajaran, pendek kata seribu satu macam kisah yang boleh di ambil  iktibar. Bak kata  pepatah" yang baik  jadikan tauladan yang  tidak baik jadikan sempadan".

Kata orang  yang  manis  jangan  terus  di telan  dan yang pahit  jangan terus  di buang  kerana  mungkin yang pahit itu penawar  dan mungkin juga yang manis itu menjadi  racun.  semoga kita sentiasa mengambil iktibar  dan pengajaran  setiap apa yang berlaku di sekelling kita  untuk  keinsafan  dan kesedaran  pada diri sendiri...

" Hadirkan  rasa  cinta dan takut  kepada  Allah..
Hadirkan rasa kasih  sesama  manusia....
moga kita sentiasa  mendapat  keredhaan nya


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum W.B.T/
Salam Ramadan

Kepada: Semua AJK PSKK

Sukacita dimaklumkan lawatan AJK PSKK ke beberapa lokasi untuk sumbangan Ramadan kepada ahli dan kakitangan yang uzur diketuai Pengerusi PSKK, En Abu Zaireen Abu Hassan akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:


Program  : Melawat ahli dan kakitangan uzur
Tarikh              :        1 Ogos 2012 (Rabu)
Lokasi    :         Tangga Batu, Taman Pangkalan, Paya Rumput, AG

Masa              :          9 pagi
Kenderaan   :          Van

Antara sumbangan kepada : En. Roslan Leman, En. Ridzuan Hassan, En. Hassan Abd Rahman, keluarga Allahyarham Norazrin  (Taman Kelemak).



Di rumah saudara Roslan Leman





Bersama ibu Allahyarham Norazrin

Ayah  Allahyarham yang sakit dan terlantar

Saudara Ridzuan Hassan  ketika sebelum  kemalangan jalanraya

 sekarang  terlantar di rumah