Wednesday, August 15, 2012

Mari kita berkasih sayang ... mari kita bersilaturahim
Kasih sayang itu satu keperluan...satu tuntutan

Manusia lahir bersama  hati yang ingin di kasihi.
Ini dikatakan fitrah semula jadi manusia
Rasa ingin di kasihi  dan cetusan kasih sayang yang
sedemikian ada dalam hati setiap makhluk yang di panggil manusia
Ia adalah  rasa yang Allah  bekal kan dan anugerahkan
sejak sesaorang itu di lahirkan...
semua manusia memiliki nya. samada  lelaki atau perempuan..
ibu bapa atau anak anak..
suami atau isteri...
guru atau murid...
tidak kira apa bangsa atau agama sekalipun...
Melalui rasa  inginkan kasih sayang ini..
manusia hakikat nya adalah sama dan satu...
Rasa ingin  di sayangi adalah rasa sejagat...
Ia meletakan manusia  sebaris dan tiada perbezaan...
Jalinan rasa ini kalau berlaku di antara sesama manusia
membuatkan manusia berpadu dan bertimbang rasa...
Ia sepatutnya  berlaku begitu kerana ia  merupakan tuntutan
dan  keperluan setiap jiwa
Ia adalah hak asasi batiniah manusia yang wajib di tunaikan
Tiada manusia yang tidak memerlukan nya...
Tanpanya manusia akan hilang bahagia..

Anak-anak hilang bahagia  kalau tidak mendapat kasih sayang
dari ibu dan bapa..

Ibu bapa  menderita  bila anak anak tidak menyayangi  mereka

Murid murid tidak bahagia kalau guru tidak memberi  kasih sayang..

Sebaliknya guru juga menderita kalau murid murid tidak menyayangi nya..

Isteri  menderita kalau tidak di sayangi  suami... suami juga akan derita bila
tidak  di sayangi isteri

Pendek kata ... manusia ini walau siapa pun dia....

Mengharap  orang lain  mengasihi nya....

Dia jadi bahagia...kalau di sayangi...

Sebaliknya... dia jadi hampa dan kekosongan jiwa...
kalau orang tidak mengasihi nya...

Ini lah penyakit manusia sedunia...
menyebabkan mereka hidup dalam keadaan gelisah, tegang, emosional...
dan kecewa... hingga ada yang bunuh diri...

"Kasih sayang kunci perpaduan sejagat...."


Gambar gambar sekitar  majlis penyerahan sumbangan kepada fakir miskin
dan iftar bersama  CITU  Pada 10 ogos 2012









No comments:

Post a Comment