Sunday, September 28, 2014

Program Indahnya syawal Jebat & Dang Anum



Program  Indahya  Syawal  anjuran  bersama  Kolej  Jebat
Dan  Kolej  Dang  Anum  Program  Kemasyarakatan  meraikan  anak- anak

Harapan  Rumah  Baiturrahman  & Rumah  Jalinan  Kasih  Kerubong  Melaka
sempena  dengan  Sambutan  Hari Raya  Aidil  Fitri





Persembahanan  anak-anak  lelaki

Persembahan   anak-anak  perempuan


Jamuan Makan  meraikan anak-anak harapan








Monday, September 22, 2014

Kenapa

Kenapa ....

Kenapa suka melayan  permusuhan
kenapa suka  sekali  mencari  persengketaan
Kenapa suka  mengadu domba
Kenapa suka  mencari  kesalahan dan kelemahan  orang lain
Kenapa suka  merendah rendahkan  orang  lain
Kenapa  suka  menghina dan mencaci  orang lain
Kenapa  suka  mengumpat  dan  mengata
Kenapa ?
Kenapa  ?

Apabila  hati  kotor  di penuhi  mazmumah (sifat keji)
maka itu lah kesukaan nya....
itu lah hiburan nya....
bukan kah  segala segalanya  itu suatu dosa
moga kita di jauhkan daripada  perkara  tersebut...
mohon  pada Allah agar hidup kita sentiasa
di beri petunjuk dan pimpinan dari Allah swt
agar selamat  di dunia & akhirat ..... amin

Bertuahnya diri

Bertuah nya diri

Alangakah  bertuahnya kita
kerana masih  punya 
keluarga  untuk mengadu,
memberi  dan menerima  kasih sayang

punya  kawan- kawan  dan  sahabat
yang saling faham dan memahami
saling doa  mendoakan,

Bertuahnya kita bila ada kerja
dan kerjaya kerana dengan nya
kita punya  punca rezeki  untuk
menyara diri dan keluarga

Bertuahnya kita  bila di kurniakan
kesihatan yang baik
anak-anak yang baik
keluarga yang baik
jiran tetangga yang baik
juga kehidupan yang baik

Untuk  mengekal kan 
sentiasa rasa bersyukur....
dalam  diri ....
hitung lah  segala  nikmat
yang Allah kurniakan pada kita....
dari sekecil  perkara  hingga lah sebesar-besarnya
moga  timbul  rasa bertuahnya diri
dengan segala kurniaan  tuhan....





Sunday, September 21, 2014

Mari berfikir

Apabila kasih sayang
lahir daripada iman
ia akan  kekal......

Apabila kasih sayang
itu  kerana  keduniaan  semata
ia tidak akan kekal,
kadang kadang ia di sudahi dengan permusuhan

Kaya hati adalah lebih baik
dari kaya harta,
kerana kaya hati  membawa  ketenangan...

Kaya harta  membawa  keresahan,
cuma  ia membawa kemudahan dalam hidup...

Gunung yang tinggi tidak boleh  menakung air
tetapi sebaliknya  lembah yang rendah
dapat menakung air...
Ia memberi  erti  orang yang suka meninggi diri
tidak boleh mengambil  hati orang lain..
Sebaliknya  orang  yang  merendah diri
dapat  memikat  hati  orang lain...

Renung renungkan

Renung renungkan ...

Usah lah kita seperti  lalat
hidup  membawa  penyakit...

Usah lah hidup seperti nyamuk
suka  menggigit..

Usahlah  seperti anai anai
sering  merosak..

Usahlah hidup seperti lintah
suka  menghisap darah...

tetapi  jadilah seperti lebah
menghasilkan madu...
mengubat  penyakit...
memberi kebaikan kepada
kehidupan manusia......

Friday, September 19, 2014


Buat  apa sahaja
dengan perasaan  gembira
perkara lain akan jadi mudah...

Buat  apa sahaja
dengan perasaan tertekan
sangsi, gusar  dan takut
perkara  lain  akan  jadi susah
moga sentiasa  memohon  pertolongan
dari  Allah  moga-moga
Allah  permudahkan  segala  urusan kita

FIKIR FIKIR  KAN...

Orang  pemaaf
hidupnya  tenang tenang saja
kerana hidupnya di penuhi energi positif
hasil dari ketiadaan sifat  marah......

Oleh  kerana  marah tidak ada
yang ada  adalah  perasaan gembira,
bahagia ,tenang dan  bersyukur
lantaran  itu
usah di layan sifat  marah
buangkan sifat  marah  yang tidak terkawal
redha dan sabar  dengan ketentuan tuhan
moga  mendapat  keredhaan  ilahi... amin
MENYULUH  DIRI....

Berhati hati
Melahirkan  dan  mengeluarkan kata kata
kerana  dengan kata kata,
dapat  di buat  penilaian
sikap dan peribadi  sesaorang...
Malahan  dengan kata kata...
boleh  mencerminkan  hati budi  sesaorang...
hati yang baik...
lazimnya  baik  cakap nya
baik  pertuturan nya...
begitu lah  sebaliknya...
moga moga lidah kita
sentiasa  terpelihara....


Wednesday, September 10, 2014

Wahai diri...


Alangkah  besarnya nikmat dan   kurniaan Allah kepada kita semua...
Antaranya  nikmat  Iman & Islam  serta  dengan kurniaan  akal dan fikiran...
sepatut nya kita...
  • sentiasa  bersyukur
  • sentiasa  redha
  • sentiasa  merasai  kebesaran Allah & lemah nya  diri kita
  • sentiasa  tenang
  • Bijak  mengawal  emosi
  • Tidak  mudah  melenting
  • Berfikir  masak masak  sebelum  bertindak
  • Elakkan  diri dari sikap  suka mengeluh
  • Menganggap masalah  sebagai  cabaran dan ujian
  • Memandang aspek positif  di sebalik ujian yang menimpa
  • Bertanggungjawab
  • Bertawakkal  setelah berusha
  • Sentiasa  berdoa
  • Sentiasa mohon  pimpinan dan petunjuk  dari Allah  swt