Sunday, September 21, 2014

Mari berfikir

Apabila kasih sayang
lahir daripada iman
ia akan  kekal......

Apabila kasih sayang
itu  kerana  keduniaan  semata
ia tidak akan kekal,
kadang kadang ia di sudahi dengan permusuhan

Kaya hati adalah lebih baik
dari kaya harta,
kerana kaya hati  membawa  ketenangan...

Kaya harta  membawa  keresahan,
cuma  ia membawa kemudahan dalam hidup...

Gunung yang tinggi tidak boleh  menakung air
tetapi sebaliknya  lembah yang rendah
dapat menakung air...
Ia memberi  erti  orang yang suka meninggi diri
tidak boleh mengambil  hati orang lain..
Sebaliknya  orang  yang  merendah diri
dapat  memikat  hati  orang lain...

No comments:

Post a Comment