Thursday, December 29, 2011


Motivasi terbaik adalah sesuatu yang dipelajari dari kehidupan.

Kekadang situasi negatif juga menjadi motivasi, syaratnya kita
 perlu melihat situasi negatif itu dari sudut berbeza.

Hidup ada dua jenis, dua aspek, dua bahagian, dua elemen.

Positif dan negatif, baik dan buruk.
Yang buruk sifatnya memusnahkan dan menghalang. 
Yang baik sifatnya membina dan memberi dorongan.

Fikiran yang baik akan mendorong Anda bersemangat 
membina kejayaan. Anda rasa terdorong. Anda rasa berinspirasi.

Fikiran yang buruk akan membuat Anda tertekan. 
Anda tidak ada semangat memburu kejayaan
Kesannya Anda merasa kejayaan bagai satu perkara yang mustahil untuk dicapai.

Motivasi Anda tidak ada, bahkan Anda mencemuh tiap kali berfikir,
 bercakap pasal motivasi.

Hidup ini merupakan satu perjalanan.

Terpulang pada Anda, mahu bergerak maju ke depan
atau simply tidak mahu bergerak ke mana-mana,
cukuplah dengan apa yang Anda.

Anda ada peluang untuk mengecap hidup lebih baik. 
Kenapa tidak rebut peluang itu?

Bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sekarang ini jalan sudah ada, soalnya langkah 
Anda menuju kejayaan bagaimana.. berhenti atau terus berjalan?

No comments:

Post a Comment