Tuesday, March 18, 2014

Kasih  sayang
Mesti ada  dalam dada semua
umat  islam
Alangkah  sedihnya
apabila  sesaorang  itu  tidak mampu
untuk  berkasih  sayang....
Maka  akan tersemai lah  pula
kebencian  dan permusuhan
yang mana akhirnya  mereka akan  menuai  persengketaan
dan  pergaduhan.....
Di mana indahnya kehidupan  kalau
sering bergaduh, sentiasa  bermusuh
sentiasa  bersengketa,..........
dalam hati
sentiasa bersarang rasa  tidak puashati.....


Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.


Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

sumber : gentarasa


No comments:

Post a Comment