Jamuan Raya Perdana pada 15 Sept 2010
Di Gerai Bahagian Pengurusan Fasiliti |
Wahai Basikal
Banyak jasa dan bakti mu ...kepada kami..
kau mengingatkan kami ...kepada kisah dan peristiwa di zaman kami kanak- kanak
kami memang tak punya basikal secanggih dan sebaik anak-anak sekarang
tapi kami punya basikal tua... yg berjasa dan berbakti kepada kami
Dengan basikal jaguar ini kami belajar menaiki dan membonceng basikal
Mula mula... dengan basikal besar ini kami belajar menolak, mengheret dan menyorong ke hujung ke pangkal ..di halaman rumah atau di jalanan kecil
Apabila dah mantap menolak dan menyorong... kami belajar pula..menaik dengan sebelah kaki .. memijak pada pengayuh basikal dan akhir nya naik celah, naik palang dan akhirnya bila ketinggian sudah mencukupi... baru lah naik sela dan di kira mantap dan boleh bawa basikal dengan baik... Pendek kata sebelum itu memang berbagai rintangan dan susah payah yang terpaksa di lalui. Kadang kadang jatuh masuk sawah, kadang kadang.. jatuh terlanggar pokok getah dan terbabas masuk semak. Namun tidak mematahkan semangat kami untuk belajar naik basikal. Luka luka kecil kerana jatuh basikal biasa bagi kami... Rupa rupa nya ada proses pembelajaran dan pengalaman berguna yang dapat kami pelajari.
1. Belajar untuk menjadi tabah dan kuat jiwa .. walau ada luka luka kecil atau terseliuh.
2. Tidak mudah putus asa dengan cabaran, rintangan dan halangan
3 Membina kekuatan fizikal dengan riadah belajar membawa basikal.
4 Menghargai apa yg ada dan menggunakan dengan sebaik mungkin
5 Pandai mencari ruang yang sesuai bila masa nak belajar dan menggunakan nya...
Walau apa pun basikal kurang mengundang bahaya berbanding motosikal... kalau motosikal ...bahaya nya faham faham aje lah.
Basikal dulu memang sangat berjasa...ia di gunakan untuk semua aktiviti
Pergi kebun menoreh getah
Pergi ke sawah membawa padi
Pergi ke sekolah hantar anak anak
Pergi ke masjid sembahyang jumaat dan majlis pengajian
Pergi ke pekan membeli barang barang
pendek kata.... basikal memang tak dok diam
ada saje kegunaan nya...
Basikal oh basikal.....
Kawan ku beraya sambil bergaya dengan basikal tuanya.... belakang tu.... tong apa bro???? Rasa-rasanya tong untuk mengisi susu getah tu....!!! Betul ke???
ReplyDeleteha ha ha... terima kasih bro sudi baca dan sudi komen...
ReplyDeletesebenarnya tumpang/pinjam basikal untk ambik gambar aje...
haha..tong gotah..siap pisau gotah lagi tu... memang kalau nak noreh tu dah ada persiapan nya..he he sebenarnya ..antara gerai yg menarik perhatian ramai... jadi masing masing ..seronok nak bergambar..