Tuesday, September 3, 2013


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah subhanahu wataala, yang telah  mengurniakan  kita  nikmat  iman dan islam  serta kehidupan  diatas mukabumi tuhan ini.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita nabi muhammad sallahu alaihi wassalam, kaum kerabat dan para sahabat serta pengikut-pengikut baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir hayat baginda.  

Saya dahului  catatan ini dengan ucapan ribuan terima kasih atas bingkisan semangat , salam takziah dan iringan doa  serta al fatihah atas pemergian ayahanda kami  Hj Abu Bakar  Bin  Ali.  Pada  Isnin  5 ogos 2013  bersamaan  27 Ramadhan  1434H
 
Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang bertanya khabar samada melalui sms atau menghantar email peribadi kepada kami.

Malah kepada mereka yang turut hadir ke majlis pengebumian  tempohari, untuk sama-sama merasai kepiluan merelakan pemergian ayahanda kami yang tercinta.


Tuan/puan,

Terlerai sudah sebuah ikatan dunia kami terhadap insan yang paling kami cintai.. dan sudah terlerai jua, pengertian sebuah kehilangan besar yang pernah dirasai oleh rakan-rakan yang senasib dengan kami sebelum ini.


Walau bagaimana pun , kami setulus hati merelakan pemergian insan yang lebih dicintai oleh Allah ini, di bulan  ramadhan  yang  penuh  keberkatan, kerahmatan dan keampunannya...  moga moga  rohnya  sentiasa  di beri kemuliaan  oleh  Allah  swt... amin!

Pun begitu, kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Allah kerana dikurniakan masa dan kesempatan akhir untuk bertemu dan mengiringi ayahanda kami dalam perjalanannya menemui pencipta yang hakiki.


Semuga roh ayahanda kami  dan ayahanda  rakan-rakan yang telah kehilangan juga ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati dan dikasihi Allah..

Sesungguhnya pemergian ini bukan lah satu titik akhir sebuah kasih sayang..


Selagi ada nyawa yang berbaki di badan, berdoalah kita, agar kasih sayang antara kita dan  ibu  ayah yang telah pergi   akan tetap segar... dan akhirnya dapat membawa kita ke syurga..insyaalah .
amin  ya  Allah....

Sekian, salam penuh takzim dari kami sekeluarga.  Semoga  kita semua  sentiasa dalam pimpinan , pentunjuk dan rahmat  Allah  swt.... amin

No comments:

Post a Comment