Fikir- Fikir
Fikir kan ketenangan
Moga moga ketenangan selalu kita miliki....
Moga-moga Allah menganugerahkan kita ketenangan dan kedamaian
Hati rasa aman tenteram ,tenang, damai dan bahagia..
walau ada ujian, cabaran, dan dugaan yang mendatang...
Fikirkan budi baik @ jasa baik....
Moga moga kita akan terasa berapa ramai dan berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita...
sehingga kita mengecap kehidupan yang sempurna sehingga kini..
Terutama ibu dan ayah, keluarga dan adik beradik.. begitu juga sahabat handai dan kawan-kawan semua yang telah menabur budi kepada kita...
Apatah lagi .. yang maha berkuasa yang telah mengurniakan segala nikmat kepada kita semua...
Nkmat yang tidak terhitung banyak nya...
nikmat pancaindera... ada mata telinga, hidung
nikmat anggota badan.. ada tangan, kaki, jari jemari, rambut, ada akal dan segala gala nikmat
yang tidak terhitung banyaknya...
Apatah lagi nikmat iman dan islam.....
Apatah lagi kiranya dapat memiliki budipekerti dan akhlak yang agung... mencontohi..
peribadi Rasulullah s.a.w... kerana baginda suri tauladan kepada kita semua....
No comments:
Post a Comment