Monday, June 4, 2012

Anak- Anak  Mahasiswa- mahasiswi...

Anda adalah permata...
permata ayah dan bonda... serta keluarga...
Gilap lah diri anda selalu...
dengan  segala  ilmu  dan pengalaman  yang  berguna...
hampirkan diri mu  kepada  Allah yang maha esa...
hampirkan diri mu  kepada  manusia ...
kerana  dalam  kehidupan  kita  perlu keduanya....
Allah  tempat  kita  mengadu , meminta.. dan berdoa.
Manusia  tempat  kita  bersilaturahim dan bermasyarakat....
Manusia tempat  kita mendapat khidmat dan memberi khidmat...

Anda  adalah insan yang berharga...
Tingkatkan nilai dan harga diri
lantas  perbaiki  ibadahmu...
perbaiki  akhlak mu...
perbaiki peribadi ..  tingkah laku dan tuturkata mu..
ingat perkara yang sering saya ingatkan..
untuk diri saya dan anda semua...
sentiasa doa kan kesejahteraan, kesehatan,keselamatan, kebaikan  dan kerahmatan
buat ibu dan ayah, guru-guru,keluarga ,sahabat handai, kaum muslimin dan muslimat
serta siapa saja yang pernah berjasa  kepada kita
moga-moga kita semua dikasihi  tuhan dan disayangi ..  manusia... amin

Program Bacaan Yasin dan Tahlil
 sempena hari Terbuka Kolej


Antara wajah wajah yang hadir dalam program tersebut,
terima kasih kepada yang hadir...









No comments:

Post a Comment