Tuesday, July 1, 2014

Nasihat  Buat  Diri....

Usah dibawa permusuhan & persengketaan
dalam  kehidupan yang pendek ini
Hidup terlalu singkat untuk membenci.   
Bermusuh dengan orang lain, 
sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.
Kerana  meletakkan  beban & racun
dalam hati  sanubari sendiri...

Kita   perlu  ingat...
bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. 
Dendam itu dosa. 
Memaafkan itu pahala. 
Memaafkan menjemput datangnya  bahagia...

siapalah kita.... sekadar  cuma  ' insan biasa"


Kita hanya hamba.
 Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun,
 siapa lah kita yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam? 
Ya, Allah, ampunkan kami.
 Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang…
 kami ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. 
kami  tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, 
begitu juga oleh hamba-hamba-MU…
 tetapi kami  disakiti oleh ego kami  sendiri!






No comments:

Post a Comment