Kata ingin kebaikan..
Kata ingin mencari keredhaan tuhan..
Tapi mengapa ada sengketa..
Mengapa ada dusta..
Mengapa memecahkan hati hati orang lain..
Mengapa tidak memelihara silaturahim dan persahabatan..
Mengapa terlalu mudah mengata itu dan ini
Mengapa terlalu suka mencari kesalahan dan aib
Mengapa kejahatan di canang..
Mengapa kebaikan di sembunyikan...
Suluh secara adil dan saksama...
Apabila hati rosak
Penuh dengan mazmumah dan sifat sifat keji
yang menjadi kebencian tuhan..
Dari hati yang kotor
Maka lahir lah tindakan tindakan yang kotor
pada sikap dan tingkah laku...manusia..
Lidah yang kotor-- cakap nya kotor, bahasanya kotor,
Jiwa yang kotor, perangai dan tingkah laku nya kotor...
penuh rasa marah, penuh rasa dendam kesumat,
penuh dengki dan iri hati...
Mana mungkin diri itu akan selamat...
selagi dalam hati penuh dengan segala kekotoran itu...
Lantaran itu...
Bersihkan hati sentiasa dan saban waktu...
Moga dengan hati yang bersih dan penuh rasa takut dan harap
pada Allah yg maha kuasa....
Moga moga Allah akan mengurniakan hati yang bersih...
kerana....
Hati yang bersih ... percakapan nya bersih dan penuh rasa takut
Hati yang bersih... sentiasa menangis dan taubat pada tuhan..
Hati yang bersih -- perbuatan dan tingkah laku nya di jaga. dan sentiasa berhati hati
Hati yang bersih.. jiwa sentiasa bimbang dengan tuhan..
Hati yang bersih.. sentiasa memberi maaf dan meminta maaf sesama manusia.
Hati yang bersih... menyelamatkan diri nya dan menyelamatkan orang lain juga..
Hati yang bersih ... punya aura kebersihan nya...
Bersama kita sentiasa berharap dan memohon pada yg maha esa
Moga Allah memudahkan kita
Membersihkan hati kita....
Agar lahir natijah natijah yg baik dan bersih
dari hati hati yang bersih...
sekian Alllahualam
No comments:
Post a Comment