Thursday, November 22, 2012

Sesuatu yang boleh di fikirkan..
dan di amalkan...

AMALAN SEHARIAN UNTUK  MENANAM BENIH TAQWA

Umat islam  bukan sahaja dilarang bermusuh...
tetapi diminta berbuat baik  kepada orang yang
berbuat jahat kepadanya...

itulah  batang, dahan, ranting, daun
bunga  dan buah di atas  benih taqwa.

Bila bertemu  orang yang kita tidak kenal..
tersilap cara kita bercakap dengan nya..
kita minta maaf  dan kita merendah diri ..
padanya...
itu lah taqwa..

Apabila orang pula bersalah dengan kita..
dan dia tidak minta maaf..
kita berkata kepada tuhan..
"saya hendakkan taqwa,
maka saya maafkan orang itu"
insyaallah kita mendapat  taqwa..
walaupun orang itu tidak meminta maaf..
ini yang di galakkan..

Bila kita keluar berkereta setiap hari  lepas subuh..
dan tiba di persimpangan jalan..
hati kita berkata" Di sini aku hendak  dapat  taqwa..
aku akan beri laluan kepada orang"
itu lah taqwa...
Tetapi jika kita berkata " ikut undang undang ini aku
punya laluan. Buat apa aku beri laluan  pada orang lain'
Betullah itu, kalau mengikut undang-undang...
Tetapi kita tidak akan dapat taqwa..
sebab kita tidak mahu korbankan hak kita untuk
orang lain....

No comments:

Post a Comment