Thursday, November 10, 2011

Lirik Nasyid Sejarah Haji Nada Murni

Lirik  Nasyid Sejarah Haji
Nasyid  Nada Murni
Haji mengingatkan kita 
Sejarah pengorbanan
 
Pengorbanan yang ikhlas
   Agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya 
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi   Tentang pengorbanan itu 
Siti Hajar kerana Allah
  Taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram 
Suami datang setahun sekali
 
Di tanah kering kontang
 
Hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi 
Air susunya telah pun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air 
Ke hujung ke pangkal
 
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
 
Beberapa kali
 
Aduh hatinya cemas
 
Anak kecilnya tiada rezeki
 
Tapi hatinya teguh kepada Allah
 
Yakin sekali
Di dalam mencari-cari 
Terpancar air dari bumi
 
Berkat dari tendangan
 
Kaki anaknya bakal Nabi
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur 
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam
Itulah dia air Zam-zam 
Yang kekal hingga ke hari ini
 
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil 
Pengajaran dari cerita ini
 
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
 
Wajib berkorban
Taat, sabar dan tawakkal 
Jadikan pakaian
 
Cintakan Allah
 
Pengorbananlah sebagai bukti

No comments:

Post a Comment