Wednesday, August 17, 2011

Baca atikel motivasi

Pagi pagi ni... sambil buat kerja dan tugasan... sempat buka imotivasi... dan baca atikel di bawah:

petikan  yang di ambil dari  : imotivasi

Nafsu Musuh Anda, Roh Sahabat Anda


Sebenarnya tidak susah menjadi orang berfikiran positif. Anda cuma niatkan dalam hati mahu bersangka baik, amalkan sikap bersangka baik lalu serap sikap bersangka baik sebagai sikap kekal pada diri Anda.

Pilihlah untuk menjadi orang baik hati.



Usah meninggi diri, merendahkan-rendahkan orang, riak, bongkak, mahupun merasa lebih.


Elak mentertawakan seseorang kerana kesilapannya, kerana kealpaannya juga kerana kegagalannya kerana apabila Anda buat semua tu,

Anda membuka ruang untuk menjadi orang berfikiran negatif. Anda akan terjerumus ke lembah sikap negatif tanpa Anda sedari.


Inilah kenapa musuh paling ketat adalah diri Anda sendiri, bukannya orang lain.


Binalah semangat kekitaan tanpa mempersoalkan siapa Anda, pangkat Anda, darjat Anda mahupun tahap pendidikan Anda. Ringankan tangan berbakti dan rajin-rajinkan diri berbuat baik.


Amalan ini baik sebagai terapi buat diri Anda dalam usaha berlatih menjadi orang berfikiran positif.

sumber : imotivasi

No comments:

Post a Comment