Tuesday, July 26, 2011

Salam Ramadhan Ceramah : "U TURN KE JALAN LURUS" Oleh Ust Zulramli pada 26 Julai 2011

Salam Ramadan diucapkan kepada semua warga UiTM Melaka.

Sepertimana yang telah diemailkan sebelum ini, Insyallah Esok (Selasa) 26 Julai 2011 (8:30 pagi hingga 11:00 pagi) bertempat di Dewan Kuliah 1, Bangunan KPP akan diadakan Program Ceramah Khas bertajuk U-Turn ke Jalan Lurus sempena mengalu-alukan kedatangan Ramadan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan.

Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Zulramli Mohamed Razali yang merupakan salah seorang penceramah radio IKIM. Disamping itu juga, CITU akan membuka booth utk kali kedua bagi tujuan memudahkan anda mendapatkan khidmat dari CITU berhubung pelbagai perkara berkaitan zakat, sadaqah, kaunseling Agama, program anjuran CITU, diskusi dan lain-lain lagi bermula 9:00 pagi hingga 4:00 petang di luar dewan tersebut. Semua warga UiTM Melaka dijemput hadir. Tentatif Program adalah seperti berikut:

8:30 pagi    : Pendaftaran & Sarapan Pagi
9:00 pagi    : Majlis Perasmian
9:15 pagi    : Ceramah
10:30 pagi    : Soal Jawab
11:00 pagi    : bersurai

Segala sokongan yang anda berikan sekalipun kecil bagi menjayakan program ini amat dihargai dan moga dikategorikan oleh Allah dalam golongan orang-orang yang memuliakan kedatangan Ramadan.

Sekian, Terima kasih

Sabda Nabi s.a.w.

"Kalaulah umatku tahu apa yang ada dalam bulan Ramadan.. pasti mereka mengharapkan ramadhan itu berlaku sepanjang tahun". (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Dari kiri Prof Madya Hj Rawi Nordin Ketua CITU, En Baharim Timb. Rektor HEP, Ust Zulramli (Penceramah) saya, Ust Nor Mohd Faisal  (Peg Hal Ehwal Islam)




Bergambar  ketika Forum Kolej Tun Putih

No comments:

Post a Comment