Maaf... semua..
Aku cuma insan biasa...
Mungkin ada kalanya...
terlajak kata...
Tersinggung di sini sana..
Tercuit itu dan ini...
apatah lagi jika
terumpat itu dan ini...
Mohon maaf diri ku...
Insan yang berdosa...
Moga moga kita saling doa mendoakan
antara satu sama lain..
moga kita sentiasa
mendapat pimpinan
taufik dan hidayah
dari Allah swt..
untuk selamat..
di sini dan di sana.... amin
Taqwa itu ada benihnya.. untuk memberi menafaat & kebaikan. Benih taqwa mesti ditanam agar ia tumbuh,subur dan berbuah.. Rukun Iman,Rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa..buahnya akhlak yg mulia.. moga moga kita dapat berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia.. dan natijahnya harap harap mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah dan kasih sayang sesama manusia....moga dpt ketenangan dan kebahagiaan di dunia & akhirat...
Sunday, December 22, 2013
DOA...
Segala puji pujian hanya untuk mu ya Allah.
Tuhan yang menganjurkan kasih sayang sesama manusia.
Tuhan yang menciptakan manusia untuk saling kasih mengasihi...
Tuhan yang mengutuskan Rasullah sebagai simbol kasih sayang sejagat...
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat mu
yang telah di anugerahkan kepada kami
kekalkan kami dikalangan hamba hamba mu yang
sentiasa bermuhasabah dan bersyukur atas nikmat nikmat tersebut.
Jauhkan kami dari segala perkara yang tidak di ingini..
Peliharalah lidah kami dari berkata dusta
dan menyampaikan nya tanpa rasa berdosa...
Pimpinlah kami daripada berburuk sangka,
berdendam, hasad dengki
dan benci membenci antara satu sama lain...
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Pada mu segala doa dan harapan..
Pada mu jua ganjaran dan pembalasan...
Pada mu pengampunan dan kemurkaan...
Berilah cahaya iman dalam kehidupan kami\
agar kami dapat jadikan pekerjaan kami
sebagai suatu ibadah....
Himpunkan kami di kalangan orang orang yang sabar..
dan bertawakkal dengan ujian yang di beri...
Kurniakan kami kawan kawan yang gembira
atas kejayaan kami,,,
Yakin dengan kami..
Mendoakan kebaikan kami..
supaya kami dapat hidup dalam
suasana aman dan harmoni
serta sentiasa di berkati......
amin ya Allah...
Sunday, December 15, 2013
Sekadar catatan...
Hari Sabtu... 14 Dis 2013
Pergi ke Seremban 2
Majlis merisik dan Pertunangan anak buah
dari jam 10.00 pagi hingga ke 4.00 petang
Hari Ahad : 15 Dis 2013
Balik ke Kg N9.. ambil buah buahan...
Kampung, kini terus kesunyian
Apatah lagi sejak ketiadaan emak dan abah...
(Al Fatihah untuk kedua nya moga moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin)
Kampug yang banyak berjasa kepada anak anak desa
dulu nya meriah dengan anak anak dan para penduduk..
kini terus sunyi dan kehilangan para penduduk...
rumah rumah banyak yang tinggal...
rumah rumah yang tinggal akan menjadi usang..
atau juga mungkin, akan roboh menyembah bumi...
kasihan sekali kampung kami...
Moga moga Allah akan menghimpun kembali
penduduk penduduk di sini
supaya kembali meriah seperti dahulu.. amin
Hari Sabtu... 14 Dis 2013
Pergi ke Seremban 2
Majlis merisik dan Pertunangan anak buah
dari jam 10.00 pagi hingga ke 4.00 petang
Hari Ahad : 15 Dis 2013
Balik ke Kg N9.. ambil buah buahan...
Kampung, kini terus kesunyian
Apatah lagi sejak ketiadaan emak dan abah...
(Al Fatihah untuk kedua nya moga moga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin)
Kampug yang banyak berjasa kepada anak anak desa
dulu nya meriah dengan anak anak dan para penduduk..
kini terus sunyi dan kehilangan para penduduk...
rumah rumah banyak yang tinggal...
rumah rumah yang tinggal akan menjadi usang..
atau juga mungkin, akan roboh menyembah bumi...
kasihan sekali kampung kami...
Moga moga Allah akan menghimpun kembali
penduduk penduduk di sini
supaya kembali meriah seperti dahulu.. amin
Majlis Aprisiasi JPK 2012/2013 dan watikah perlantikan JPK sesi 2013/2014
Tarikh : 08 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Taming Sari
Tarikh : 08 Disember 2013 (Ahad)
Masa : 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Taming Sari
MANTAN NYDP 2012/2013
MOHD YASIR B MOHAMAD YUSOFF
BARISAN JPK YANG BARU SESI RO13/2014
![]() |
| BARISAN JPK KOLEJ JEBAT 2013/2014 |
BARISAN JPK KOLEJ JEBAT 2013/2014
REKTOR MENYERAHKAN SURAT PERLANTIKAN KEPADA YDP YANG BARU
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF BIN TOKIMAN
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAFF BIN TOKIMAN
BERSAMA REKTOR, TREK HEP, PPP & BARISAN MANTAN YDP LAMA
REKTOR , TIMB REKTOR HEP, UNIT KOLEJ ,PPP BERSAMA BARISAN YDP KOLEJ BARU SESI 2013/2014
Tuesday, December 3, 2013
Nasihati buat diri...
Belajar
dari kesusahan untuk
mengecap kesenangan.
Ilmu bukan untuk di bangga bangga kan
Ia merupakan suatu amanah yang perlu di pertanggungjawabkan
Jadi lah seperti padi semakin berisi semakin tunduk...
Biar merendah ... usah meninggi diri...
kerana segala galanya milik Allah...
Gambar ketika menghadiri majlis berbuka puasa
di Rumah Ketua Menteri Melaka
Sunday, November 17, 2013
Waktu sentiasa berubah...
Begitu juga kehidupan insan
Sering berubah dan sentiasa berubah..
Dulu remaja..
Kini dewasa atau tua..
Dulu kuat segalanya..
Sekarang mungkin kurang
daya dan tenaga nya...
Dulu penuh gigi
sekarang mungkin
ada yang tanggal atau berlobang..
Dulu mungkin pipi bak pauh di layang
sekarang mungkin sudah punya kedut -kedutan..
Dulu..Mungkin kuat ingatan..
sekarang mungkin beransur kurang..
Begitu rupanya kehidupan... Allah jadikan..
supaya kita sentiasa insaf
dan ingat selalu
kepada yang maha esa...
kerana dunia ini pinjam pinjaman...
bukan kekal selamanya,....
Begitu juga kehidupan insan
Sering berubah dan sentiasa berubah..
Dulu remaja..
Kini dewasa atau tua..
Dulu kuat segalanya..
Sekarang mungkin kurang
daya dan tenaga nya...
Dulu penuh gigi
sekarang mungkin
ada yang tanggal atau berlobang..
Dulu mungkin pipi bak pauh di layang
sekarang mungkin sudah punya kedut -kedutan..
Dulu..Mungkin kuat ingatan..
sekarang mungkin beransur kurang..
Begitu rupanya kehidupan... Allah jadikan..
supaya kita sentiasa insaf
dan ingat selalu
kepada yang maha esa...
kerana dunia ini pinjam pinjaman...
bukan kekal selamanya,....
Subscribe to:
Posts (Atom)








