Thursday, November 25, 2010

Ucapan Terima Kasih

Terima kasih  kepada  Hamizul Faiz....

Terima Kasih  tidak  terhingga  kepada  Hamizul  Faiz  kerana
membuat  blog  untuk  saya  dan  banyak  mengajar saya  tentang
komputer...

Moga  Allah  membalas  segala  kebaikan  tersebut...

Maaf  jua  kira nya  terdapat  kesalahan  dan  kesilapan  sewaktu
membuat  latihan  praktik  di Unit  Kaunseling

Tuesday, November 23, 2010

Mengapa nak buat blog..?

  • Dengan niat  moga ianya  menjadi suatu ibadah demi mencari keredhaan Allah swt
  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan ,pengalaman dan idea dll
  • Medan untuk  meluahkan  sesuatu  mungkin sebagai  " terapy" kot...
  • Rasa Ingin belajar  dan berjinak jinak / melatih diri di bidang penulisan
  • Dengan harapan  membawa  kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat & negara ... insyaalah

Wednesday, November 17, 2010

Variasi kamera kompak

Variasi kamera kompak

G12 merupakan antara kamera kompak yang menawarkan kualiti gambar terbaik dalam sirinya.


Mahu dapatkan kualiti gambar yang cantik, terang serta jelas tanpa perlu mengusung ke sana ke mari kamera SLR digital yang besar serta berat?
Tambahan pula bagi mereka yang sering pergi bercuti pasti mahu mengabadikan memori percutian dalam bentuk gambar tetapi memiliki ruangan penyimpanan bagasi yang terhad.
Untuk tujuan tersebut, anda pasti memerlukan kamera yang bersaiz kecil tetapi mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi.
Justeru, perhatikan sejenak barisan kamera kompak yang di tawarkan oleh Canon kini.
Dilengkapi dengan Teknologi Sistem HS dan digabungkan bersama pengesan bersensitiviti tinggi serta pemproses imej DIGIC, kamera kompak keluaran Canon kini maju setapak dalam menghasilkan kualiti gambar yang jelas, tajam serta mengurangkan kesan gegaran.
Kini sesiapa jua mampu merakamkan gambar yang terang, jelas serta cantik biarpun dalam keadaan suasana yang gelap serta tanpa menggunakan tripod.
Tambahan bersama teknologi Penstabilan Imej (IS) pastinya anda mampu mengubah landskap aktiviti merakam gambar yang bersaiz besar atau pun makro yang selama ini mustahil kepada lebih menarik.
Selain itu, Mod Automatik Pintar telah berjaya diperbaharui dan mampu mengesan 28 keadaan yang sesuai untuk merakamkan gambar secara automatik bagi memudahkan penggunanya.
Siri kamera kompak Canon terbaru ini juga dilengkapi dengan fungsi perakam video HD dan perakam bunyi stereo membolehkan pengguna merakam video bersama kesan bunyi yang jelas.
Antara siri kamera kompak tersebut adalah Ixus 1000 HS yang juga merupakan kamera kompak ternipis di dunia hadir bersama kadar pemfokusan sebanyak 10 kali.
Hanya setebal 22.3 milimeter (mm), Ixus 1000 HS merupakan antara kamera yang paling bergaya di dalam sirinya.
Ia terdapat dalam pilihan warna perak, perang, dan merah hati menjadikan Ixus 1000 HS sebagai pilihan utama untuk dibawa ke sebarang majlis serta kegunaan harian.
Selain itu, pengguna juga tidak akan terlepas peluang untuk merakamkan gambar menarik pada waktu malam melalui Mod Pintar Automatik.
Sementara itu, menawarkan lensa F2.0 sebagai aplikasi terbaru, PowerShot S95 menjanjikan anda kualiti gambar yang pasti tidak menghampakan.
PowerShot S95 memiliki kebolehan yang fleksibel dalam menyampaikan ekspresi artistik dalam merakamkan gambar dari mana-mana sudut.
Set sahaja kelajuan 'shutter' pada tahap yang tinggi kemudian rakam gambar, pasti anda terkejut dengan kualiti gambar yang jelas serta tajam daripada kamera ini.
Memiliki fungsi Penstabilan Imej (IS) hibrid menjadikan gambar makro anda adalah yang terbaik pernah dimiliki.
Selain itu, mod pengesan AF bagi PowerShot S95 juga membolehkan anda merakamkan subjek yang sedang bergerak tanpa sebarang imej kabur pada subjek.
Semudah memutarkan Gegelang Kawalan yang terdapat di hadapan kamera, pemiliknya juga boleh menukar tatacara seperti Kadar Aspek, Kontras serta Kelajuan ISO dengan lebih cepat.
Seterusnya kamera kompak bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana iaitu PowerShot Sx130 IS.
Memiliki lensa luas (wide) 28 milimeter serta sokongan pemfokusan optikal sehingga 12 kali memberikan kelebihan merakam gambar mahupun video dengan lebih luas.
Bersama Mod Automatik Pintar, Mod Mudah serta Mod Rakaman Manual semua orang mampu menghasilkan gambar yang mengagumkan.
Didatangkan bersama 12.1 mega piksel CCD bersama teknologi penstabilan imej (IS) menjadikan gambar lebih jelas dan terang.
Anda juga boleh mencuba Mod Pencahayaan Rendah di mana ia mampu mengurangkan rakaman gambar kabur.
Manakala PowerShot G12 merupakan antara kamera kompak terbaik di antara sirinya.
Terbaru Canon mempertaruhkan teknologi Sistem HS menjadikan fungsi PowerShot G12 sama seperti DSLR namun di dalam saiz yang lebih kecil.
Model terbaru PowerShot G12 ini juga merupakan gabungan pemproses imej DIGIC 4 bersama pengesan sensiviti tinggi bagi merakam gambar terbaik di sebalik keadaan pencahayaan yang teruk.
Selain itu, kelebihan mod rakaman bagi jarak yang jauh juga menjadikan PowerShot G12 sebagai rebutan peminatnya.
Sebagai tambahan, turut disediakan aplikasi penuh serta separa automatik bagi Aperture Priority (Av), Shutter Priority (Tv) dan Mod Program AE.
Namun paling menarik adalah ciri-ciri miniatur serta Mod Fish-Eye bagi memberi kesan gambar yang lebih kreatif serta menarik.
Dan yang terakhir, PowerShot SX30 IS, hadir bersama lensa optikal dengan pemfokusan sebanyak 35 kali.
PowerShot SX30 IS merupakan kamera kompak pertama yang memiliki kelebihan lensa sudut luas serta telefoto dengan kadar pemfokusan dari 24 milimeter (mm) hingga 840 mm.
Ia turut dilengkapi fungsi Pemfokusan Framing Assist (gabungan kelajuan pemfokusan bersama kelajuan AF) untuk membantu pengguna mengesan subjek di kalangan orang ramai sekali gus merakamkan gambar subjek tersebut dengan jelas.
PowerShot SX30 IS sesuai untuk semua peringkat umur yang mana mereka boleh memilih untuk menggunakan pilihan kawalan manual mahu pun automatik.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pagi  kira kira  pukul  8.00 pagi  kami sekeluarga
pergi ke Masjid Al Hikmah  untuk  menunaikan  Sembahyang sunat  Aidil Adha.
Selepas  sembahyang  ada  jamuan  untuk  para  jemaah .
  Selepas  sembahyang  kami  sekeluarga  balik ke kg N9  untuk  berjumpa
emak , abah dan  ahli keluarga yg sempat  untuk balik  ke kampung.
Ahli  keluarga  yg  sempat  balik  keluarga  adik  Noriza, keluarga  Nazri dan
keluarga kak embong,
    Hidup akan  jadi indah  dan lebih bermakna  jika  ikatan silaturahim
dapat  dipelihara  dan  sentiasa di bajai  dengan  aktiviti  yg baik  dan  bermanafaat untuk semua.
Demi  untuk  mendapat  keredhaan Allah swt.

Sunday, November 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat  Menuanaikan Ibadah  Korban
&
Selamat  Menunaikan Ibadah Haji (untuk yg mengerjakan haji)


Saturday, November 13, 2010

lagu Raya

Lagu Raye versi chipmunk