Alangakah bertuahnya kita
kerana masih punya
keluarga untuk mengadu,
memberi dan menerima kasih sayang
punya kawan- kawan dan sahabat
yang saling faham dan memahami
saling doa mendoakan,
Bertuahnya kita bila ada kerja
dan kerjaya kerana dengan nya
kita punya punca rezeki untuk
menyara diri dan keluarga
Bertuahnya kita bila di kurniakan
kesihatan yang baik
anak-anak yang baik
keluarga yang baik
jiran tetangga yang baik
juga kehidupan yang baik
Untuk mengekal kan
sentiasa rasa bersyukur....
dalam diri ....
hitung lah segala nikmat
yang Allah kurniakan pada kita....
dari sekecil perkara hingga lah sebesar-besarnya
moga timbul rasa bertuahnya diri
dengan segala kurniaan tuhan....
No comments:
Post a Comment