Monday, October 3, 2011

Bacalah imotivasi.net

Pagi ini  saya  tertarik dengan artikel  imotivasi.net..
yang bertajuk  "Kenapa Anda Perlu Memaafkan Orang Yang Sakitkan Hati Anda"
antara sedutan yang menarik... ialah...

Hati orang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia
kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.
Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.
Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina Anda,
merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.
Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.
Lawan api dengan api, Anda akan musnah.
Dua-dua musnah.
Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api
lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.

ulasan..
rupa rupanya.. saling maaf ..memaaf dan saling memohon maaf...
punya hikmah  besar yang tersembunyi..
buat hati hati manusia...
agar tiada lagi dosa tersembunyi...
tiada dendam  tersemadi...
tiada dengki dan iri hati..
moga moga segala gala
bersih di hati...

No comments:

Post a Comment