Usah dibawa permusuhan & persengketaan
dalam kehidupan yang pendek ini
Hidup terlalu singkat untuk membenci.
Bermusuh dengan orang lain,
sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.
Kerana meletakkan beban & racun
dalam hati sanubari sendiri...
Kita perlu ingat...
bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan.
Dendam itu dosa.
Memaafkan itu pahala.
Memaafkan menjemput datangnya bahagia...
siapalah kita.... sekadar cuma ' insan biasa"
Kita hanya hamba.
Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun,
siapa lah kita yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam?
Ya, Allah, ampunkan kami.
Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang…
kami ‘terlanjur’ menumpang hak-MU.
kami tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah,
begitu juga oleh hamba-hamba-MU…
tetapi kami disakiti oleh ego kami sendiri!
No comments:
Post a Comment