Maaf...
Adakalanya kita rasa takut untuk berbicara
Adakalanya kita rasa bimbang untuk berkata kata..
Adakalanya kita rasa berat untuk melahirkan buah bicara..
Adakalanya kita rasa terlalu berkira kira untuk melahirkan sebarang kata kata,
Takut sekali andai tersalah kata
terlanjur bicara...
Berhati hati dengan lidah
Kerana lidah itu lembut, tapi berbisa..
Lidah perlu di pelihara
Lidah perlu di jaga
Bak kata pepatah..
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa...
Begitu juga ..
Kata orang..." Kata kata yang belum keluar
dari mulut, kita yang punya, tapi setelah keluar
dari mulut orang yang punya"
Kerana kata kata bisa menjadi kawan...
Kerana kata kata jugak boleh menjadi lawan.
Moga- moga segala kata kata yang baik
menjadi nasihat dan sedekah serta amal jariah yang berpanjangan.. amin
No comments:
Post a Comment