Thursday, October 14, 2010

Motivasi

Terima  Kasih  .. 
Saudara   ShueQry
Sebagai salah  seorang  ..pengikut,.peminat  dan pembaca
ruangan  motivasi.... saudara... 
saya  sangat tertarik &  menghargai artikel / tulisan  saudara..
Terima kasih  tidak  terhingga  untuk  Saudara  ShueQry  
dan  semua  yang  terlibat  semoga  Allah  merahmati ,memberkati
sentasa  memimpin dan  memberi  petunjuk  kepada  kita  semua
demi  untuk kebahagiaan &  keselamatan di dunia  dan di akhirat... amin

Motivasi diri – azam tahun baru yang amat bagus

January 4th, 2010 | Author: ShueQry
Kita masih lagi di mood tahun baru, tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijriah mengikut kalendar Islam. Untuk kali ni, saya kongsikan satu azam yang amat bagus untuk menjadikan diri Anda orang yang berfikiran positif.

Azam tu adalah - tekad melatih diri untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan dalam seburuk cemanapun situasinya. Kita memang susah nak bersangka baik pada seseorang apatah lagi orang tu marahkan kita, sakitkan hati kita atau simply perangainya menggeramkan kita.
Apa kata kita bersangka baik saja dengan sikap diorang tu?

Fikir yang baik-baik tentang dirinya, sikapnya, perilakunya, cakapan-cakapannya dan hasil kerjanya. Diorang sebenarnya orang baik, tapi sikap diorang berubah jadi kurang baik disebabkan oleh himpitan masalah dan berbagai musibah. Terima mereka seadanya.

Bersangka baik dengan orang lain adalah tiang kepada sikap berfikiran positif. Andaikata kita sekejap bersangka baik sekejap bersangka buruk, itu maknanya tiang kepada sikap berfikiran positif dalam diri kita kurang teguh, rapuh serta mudah dirobohkan oleh sikap berfikiran negatif.
Molek kiranya pada tahun 2010 ni, kita set azam untuk sentiasa bersangka baik pada setiap orang disekeliling kita, bersangka baik pada setiap situasi yang kita lalui, bersangka baik pada setiap perkara yang datang pada kita walau buruk cemanapun rupanya.
Letak mindset untuk bersangka baik dengan setiap orang pada setiap hari, bermula pada saat Anda bangun pagi.

Azam baru – baca 1 buku untuk 1 minggu

January 3rd, 2010 | Author: ShueQry
Saya faham ramai di kalangan kita jarang membaca, ada juga yang rajin membaca. Untuk tahun baru ni (tahun Masihi dan tahun Hijri) apa kata kita set matlamat untuk habis membaca 1 buku dalam 1 minggu. Tak kisahle buku apa, janji kita habis baca dalam tempoh 7 hari atau lebih awal dari tu.
Tujuan kita set azam camni adalah untuk membiasakan diri kita membaca, supaya kita ada minat membaca.

Cuma sikit orang lelaki yang suka membaca. Membaca suratkabar itu satu perbuatan membaca juga. Jutaan orang di Malaysia melakukan hal tu setiap pagi.
Maksud saya, apa kata kita didik diri kita supaya terbiasa membaca buku – buku fiksyen, buku-buku panduan, buku ilmiah, novel ataupun buku motivasi jenis self-help punya.

Orang-orang berjaya, jutawan, hartawan, pekerja cemerlang, usahawan berjaya, diorang semua suka membaca. Ada di kalangan mereka yang habis membaca 1 buku dalam tempoh seminggu. Ada yang membaca 2 buku dalam seminggu, tak puas baca, dia baca lagi balik untuk minggu depan.
Jadi orang yang kaki buku (minat membaca) banyak kelebihannya.

Paling utama, Anda akan dapat tahu apa yang orang lain tak tahu. Dengan pengetahuan itu, Anda dapat gunakannya untuk memajukan diri dalam bidang Anda sekarang ini.
Kelebihan kedua, dengan pembacaan meluas, Anda dapat memberi buah fikiran yang lebih bernas dari orang lain di sekeliling Anda. Kesannya, Anda akan menonojol, cadangan Anda diterima, ramai orang akan respek ngan Anda (walaupun umur Anda muda).
Jika Anda nak berjaya, latih diri Anda supaya minat membaca. Luangkan  paling kurang 1 jam dalam sehari untuk membaca.
Buat permulaan, baca 5-7 helai dalam sehari.
Esok, baca 10-20 helai.
Lusa, baca 1 bab.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa membaca hinggakan membaca mendatangkan keseronokan pada diri Anda.
Beberapa minggu akan datang, azam membaca 1 buku untuk 1 minggu akan dapat dicapai.

No comments:

Post a Comment