Terima kasih kepada Hamizul Faiz....
Terima Kasih tidak terhingga kepada Hamizul Faiz kerana
membuat blog untuk saya dan banyak mengajar saya tentang
komputer...
Moga Allah membalas segala kebaikan tersebut...
Maaf jua kira nya terdapat kesalahan dan kesilapan sewaktu
membuat latihan praktik di Unit Kaunseling
Taqwa itu ada benihnya.. untuk memberi menafaat & kebaikan. Benih taqwa mesti ditanam agar ia tumbuh,subur dan berbuah.. Rukun Iman,Rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa..buahnya akhlak yg mulia.. moga moga kita dapat berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia.. dan natijahnya harap harap mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah dan kasih sayang sesama manusia....moga dpt ketenangan dan kebahagiaan di dunia & akhirat...

Thursday, November 25, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Mengapa nak buat blog..?
- Dengan niat moga ianya menjadi suatu ibadah demi mencari keredhaan Allah swt
- Sebagai diari dan catatan harian
- Tempat berkongsi ilmu pengetahuan ,pengalaman dan idea dll
- Medan untuk meluahkan sesuatu mungkin sebagai " terapy" kot...
- Rasa Ingin belajar dan berjinak jinak / melatih diri di bidang penulisan
- Dengan harapan membawa kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat & negara ... insyaalah
Wednesday, November 17, 2010
Variasi kamera kompak
Variasi kamera kompak
Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
ashriq.ahmad@utusan.com.my
G12 merupakan antara kamera kompak yang menawarkan kualiti gambar terbaik dalam sirinya. |
Mahu dapatkan kualiti gambar yang cantik, terang serta jelas tanpa perlu mengusung ke sana ke mari kamera SLR digital yang besar serta berat?
Tambahan pula bagi mereka yang sering pergi bercuti pasti mahu mengabadikan memori percutian dalam bentuk gambar tetapi memiliki ruangan penyimpanan bagasi yang terhad.
Untuk tujuan tersebut, anda pasti memerlukan kamera yang bersaiz kecil tetapi mampu memberikan gambar yang berkualiti tinggi.
Justeru, perhatikan sejenak barisan kamera kompak yang di tawarkan oleh Canon kini.
Dilengkapi dengan Teknologi Sistem HS dan digabungkan bersama pengesan bersensitiviti tinggi serta pemproses imej DIGIC, kamera kompak keluaran Canon kini maju setapak dalam menghasilkan kualiti gambar yang jelas, tajam serta mengurangkan kesan gegaran.
Kini sesiapa jua mampu merakamkan gambar yang terang, jelas serta cantik biarpun dalam keadaan suasana yang gelap serta tanpa menggunakan tripod.
Tambahan bersama teknologi Penstabilan Imej (IS) pastinya anda mampu mengubah landskap aktiviti merakam gambar yang bersaiz besar atau pun makro yang selama ini mustahil kepada lebih menarik.
Selain itu, Mod Automatik Pintar telah berjaya diperbaharui dan mampu mengesan 28 keadaan yang sesuai untuk merakamkan gambar secara automatik bagi memudahkan penggunanya.
Siri kamera kompak Canon terbaru ini juga dilengkapi dengan fungsi perakam video HD dan perakam bunyi stereo membolehkan pengguna merakam video bersama kesan bunyi yang jelas.
Antara siri kamera kompak tersebut adalah Ixus 1000 HS yang juga merupakan kamera kompak ternipis di dunia hadir bersama kadar pemfokusan sebanyak 10 kali.
Hanya setebal 22.3 milimeter (mm), Ixus 1000 HS merupakan antara kamera yang paling bergaya di dalam sirinya.
Ia terdapat dalam pilihan warna perak, perang, dan merah hati menjadikan Ixus 1000 HS sebagai pilihan utama untuk dibawa ke sebarang majlis serta kegunaan harian.
Selain itu, pengguna juga tidak akan terlepas peluang untuk merakamkan gambar menarik pada waktu malam melalui Mod Pintar Automatik.
Sementara itu, menawarkan lensa F2.0 sebagai aplikasi terbaru, PowerShot S95 menjanjikan anda kualiti gambar yang pasti tidak menghampakan.
PowerShot S95 memiliki kebolehan yang fleksibel dalam menyampaikan ekspresi artistik dalam merakamkan gambar dari mana-mana sudut.
Set sahaja kelajuan 'shutter' pada tahap yang tinggi kemudian rakam gambar, pasti anda terkejut dengan kualiti gambar yang jelas serta tajam daripada kamera ini.
Memiliki fungsi Penstabilan Imej (IS) hibrid menjadikan gambar makro anda adalah yang terbaik pernah dimiliki.
Selain itu, mod pengesan AF bagi PowerShot S95 juga membolehkan anda merakamkan subjek yang sedang bergerak tanpa sebarang imej kabur pada subjek.
Semudah memutarkan Gegelang Kawalan yang terdapat di hadapan kamera, pemiliknya juga boleh menukar tatacara seperti Kadar Aspek, Kontras serta Kelajuan ISO dengan lebih cepat.
Seterusnya kamera kompak bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana-mana iaitu PowerShot Sx130 IS.
Memiliki lensa luas (wide) 28 milimeter serta sokongan pemfokusan optikal sehingga 12 kali memberikan kelebihan merakam gambar mahupun video dengan lebih luas.
Bersama Mod Automatik Pintar, Mod Mudah serta Mod Rakaman Manual semua orang mampu menghasilkan gambar yang mengagumkan.
Didatangkan bersama 12.1 mega piksel CCD bersama teknologi penstabilan imej (IS) menjadikan gambar lebih jelas dan terang.
Anda juga boleh mencuba Mod Pencahayaan Rendah di mana ia mampu mengurangkan rakaman gambar kabur.
Manakala PowerShot G12 merupakan antara kamera kompak terbaik di antara sirinya.
Terbaru Canon mempertaruhkan teknologi Sistem HS menjadikan fungsi PowerShot G12 sama seperti DSLR namun di dalam saiz yang lebih kecil.
Model terbaru PowerShot G12 ini juga merupakan gabungan pemproses imej DIGIC 4 bersama pengesan sensiviti tinggi bagi merakam gambar terbaik di sebalik keadaan pencahayaan yang teruk.
Selain itu, kelebihan mod rakaman bagi jarak yang jauh juga menjadikan PowerShot G12 sebagai rebutan peminatnya.
Sebagai tambahan, turut disediakan aplikasi penuh serta separa automatik bagi Aperture Priority (Av), Shutter Priority (Tv) dan Mod Program AE.
Namun paling menarik adalah ciri-ciri miniatur serta Mod Fish-Eye bagi memberi kesan gambar yang lebih kreatif serta menarik.
Dan yang terakhir, PowerShot SX30 IS, hadir bersama lensa optikal dengan pemfokusan sebanyak 35 kali.
PowerShot SX30 IS merupakan kamera kompak pertama yang memiliki kelebihan lensa sudut luas serta telefoto dengan kadar pemfokusan dari 24 milimeter (mm) hingga 840 mm.
Ia turut dilengkapi fungsi Pemfokusan Framing Assist (gabungan kelajuan pemfokusan bersama kelajuan AF) untuk membantu pengguna mengesan subjek di kalangan orang ramai sekali gus merakamkan gambar subjek tersebut dengan jelas.
PowerShot SX30 IS sesuai untuk semua peringkat umur yang mana mereka boleh memilih untuk menggunakan pilihan kawalan manual mahu pun automatik.
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Pagi kira kira pukul 8.00 pagi kami sekeluarga
pergi ke Masjid Al Hikmah untuk menunaikan Sembahyang sunat Aidil Adha.
Selepas sembahyang ada jamuan untuk para jemaah .
Selepas sembahyang kami sekeluarga balik ke kg N9 untuk berjumpa
emak , abah dan ahli keluarga yg sempat untuk balik ke kampung.
Ahli keluarga yg sempat balik keluarga adik Noriza, keluarga Nazri dan
keluarga kak embong,
Hidup akan jadi indah dan lebih bermakna jika ikatan silaturahim
dapat dipelihara dan sentiasa di bajai dengan aktiviti yg baik dan bermanafaat untuk semua.
Demi untuk mendapat keredhaan Allah swt.

Sunday, November 14, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Selamat Menuanaikan Ibadah Korban
&
Selamat Menunaikan Ibadah Haji (untuk yg mengerjakan haji)
Saturday, November 13, 2010
Thursday, October 14, 2010
Motivasi
Terima Kasih ..
Saudara ShueQry
Sebagai salah seorang ..pengikut,.peminat dan pembaca
ruangan motivasi.... saudara...
saya sangat tertarik & menghargai artikel / tulisan saudara..
Terima kasih tidak terhingga untuk Saudara ShueQry
dan semua yang terlibat semoga Allah merahmati ,memberkati
sentasa memimpin dan memberi petunjuk kepada kita semua
demi untuk kebahagiaan & keselamatan di dunia dan di akhirat... amin
Kita masih lagi di mood tahun baru, tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijriah mengikut kalendar Islam. Untuk kali ni, saya kongsikan satu azam yang amat bagus untuk menjadikan diri Anda orang yang berfikiran positif.
Azam tu adalah - tekad melatih diri untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan dalam seburuk cemanapun situasinya. Kita memang susah nak bersangka baik pada seseorang apatah lagi orang tu marahkan kita, sakitkan hati kita atau simply perangainya menggeramkan kita.
Apa kata kita bersangka baik saja dengan sikap diorang tu?
Fikir yang baik-baik tentang dirinya, sikapnya, perilakunya, cakapan-cakapannya dan hasil kerjanya. Diorang sebenarnya orang baik, tapi sikap diorang berubah jadi kurang baik disebabkan oleh himpitan masalah dan berbagai musibah. Terima mereka seadanya.
Bersangka baik dengan orang lain adalah tiang kepada sikap berfikiran positif. Andaikata kita sekejap bersangka baik sekejap bersangka buruk, itu maknanya tiang kepada sikap berfikiran positif dalam diri kita kurang teguh, rapuh serta mudah dirobohkan oleh sikap berfikiran negatif.
Molek kiranya pada tahun 2010 ni, kita set azam untuk sentiasa bersangka baik pada setiap orang disekeliling kita, bersangka baik pada setiap situasi yang kita lalui, bersangka baik pada setiap perkara yang datang pada kita walau buruk cemanapun rupanya.
Letak mindset untuk bersangka baik dengan setiap orang pada setiap hari, bermula pada saat Anda bangun pagi.
Tujuan kita set azam camni adalah untuk membiasakan diri kita membaca, supaya kita ada minat membaca.
Cuma sikit orang lelaki yang suka membaca. Membaca suratkabar itu satu perbuatan membaca juga. Jutaan orang diMalaysia melakukan hal tu setiap pagi.
Maksud saya, apa kata kita didik diri kita supaya terbiasa membaca buku – buku fiksyen, buku-buku panduan, buku ilmiah, novel ataupun buku motivasi jenis self-help punya.
Orang-orang berjaya, jutawan, hartawan, pekerja cemerlang, usahawan berjaya, diorang semua suka membaca.Ada di kalangan mereka yang habis membaca 1 buku dalam tempoh seminggu. Ada yang membaca 2 buku dalam seminggu, tak puas baca, dia baca lagi balik untuk minggu depan.
Jadi orang yang kaki buku (minat membaca) banyak kelebihannya.
Paling utama, Anda akan dapat tahu apa yang orang lain tak tahu. Dengan pengetahuan itu, Anda dapat gunakannya untuk memajukan diri dalam bidang Anda sekarang ini.
Kelebihan kedua, dengan pembacaan meluas, Anda dapat memberi buah fikiran yang lebih bernas dari orang lain di sekeliling Anda. Kesannya, Anda akan menonojol, cadangan Anda diterima, ramai orang akan respek ngan Anda (walaupun umur Anda muda).
Jika Anda nak berjaya, latih diri Anda supaya minat membaca. Luangkan paling kurang 1 jam dalam sehari untuk membaca.
Buat permulaan, baca 5-7 helai dalam sehari.
Esok, baca 10-20 helai.
Lusa, baca 1 bab.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa membaca hinggakan membaca mendatangkan keseronokan pada diri Anda.
Beberapa minggu akan datang, azam membaca 1 buku untuk 1 minggu akan dapat dicapai.
Saudara ShueQry
Sebagai salah seorang ..pengikut,.peminat dan pembaca
ruangan motivasi.... saudara...
saya sangat tertarik & menghargai artikel / tulisan saudara..
Terima kasih tidak terhingga untuk Saudara ShueQry
dan semua yang terlibat semoga Allah merahmati ,memberkati
sentasa memimpin dan memberi petunjuk kepada kita semua
demi untuk kebahagiaan & keselamatan di dunia dan di akhirat... amin
Motivasi diri – azam tahun baru yang amat bagus
Kita masih lagi di mood tahun baru, tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijriah mengikut kalendar Islam. Untuk kali ni, saya kongsikan satu azam yang amat bagus untuk menjadikan diri Anda orang yang berfikiran positif.Azam tu adalah - tekad melatih diri untuk bersangka baik dengan sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan dalam seburuk cemanapun situasinya. Kita memang susah nak bersangka baik pada seseorang apatah lagi orang tu marahkan kita, sakitkan hati kita atau simply perangainya menggeramkan kita.
Apa kata kita bersangka baik saja dengan sikap diorang tu?
Fikir yang baik-baik tentang dirinya, sikapnya, perilakunya, cakapan-cakapannya dan hasil kerjanya. Diorang sebenarnya orang baik, tapi sikap diorang berubah jadi kurang baik disebabkan oleh himpitan masalah dan berbagai musibah. Terima mereka seadanya.
Bersangka baik dengan orang lain adalah tiang kepada sikap berfikiran positif. Andaikata kita sekejap bersangka baik sekejap bersangka buruk, itu maknanya tiang kepada sikap berfikiran positif dalam diri kita kurang teguh, rapuh serta mudah dirobohkan oleh sikap berfikiran negatif.
Molek kiranya pada tahun 2010 ni, kita set azam untuk sentiasa bersangka baik pada setiap orang disekeliling kita, bersangka baik pada setiap situasi yang kita lalui, bersangka baik pada setiap perkara yang datang pada kita walau buruk cemanapun rupanya.
Letak mindset untuk bersangka baik dengan setiap orang pada setiap hari, bermula pada saat Anda bangun pagi.
Azam baru – baca 1 buku untuk 1 minggu
Saya faham ramai di kalangan kita jarang membaca, ada juga yang rajin membaca. Untuk tahun baru ni (tahun Masihi dan tahun Hijri) apa kata kita set matlamat untuk habis membaca 1 buku dalam 1 minggu. Tak kisahle buku apa, janji kita habis baca dalam tempoh 7 hari atau lebih awal dari tu.Tujuan kita set azam camni adalah untuk membiasakan diri kita membaca, supaya kita ada minat membaca.
Cuma sikit orang lelaki yang suka membaca. Membaca suratkabar itu satu perbuatan membaca juga. Jutaan orang di
Maksud saya, apa kata kita didik diri kita supaya terbiasa membaca buku – buku fiksyen, buku-buku panduan, buku ilmiah, novel ataupun buku motivasi jenis self-help punya.
Orang-orang berjaya, jutawan, hartawan, pekerja cemerlang, usahawan berjaya, diorang semua suka membaca.
Jadi orang yang kaki buku (minat membaca) banyak kelebihannya.
Paling utama, Anda akan dapat tahu apa yang orang lain tak tahu. Dengan pengetahuan itu, Anda dapat gunakannya untuk memajukan diri dalam bidang Anda sekarang ini.
Kelebihan kedua, dengan pembacaan meluas, Anda dapat memberi buah fikiran yang lebih bernas dari orang lain di sekeliling Anda. Kesannya, Anda akan menonojol, cadangan Anda diterima, ramai orang akan respek ngan Anda (walaupun umur Anda muda).
Jika Anda nak berjaya, latih diri Anda supaya minat membaca. Luangkan paling kurang 1 jam dalam sehari untuk membaca.
Buat permulaan, baca 5-7 helai dalam sehari.
Esok, baca 10-20 helai.
Lusa, baca 1 bab.
Lama-kelamaan Anda akan terbiasa membaca hinggakan membaca mendatangkan keseronokan pada diri Anda.
Beberapa minggu akan datang, azam membaca 1 buku untuk 1 minggu akan dapat dicapai.
Wednesday, September 29, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Senikata Nasyid " Mukmin Bertakwa"
Senikata Nasyid ....
MUKMIN BERTAQWA....
Ini lah sifat mukmin yang bertakwa
Yang jiwa nya sentiasa dengan tuhannya
Marilah bersama kita memiliki
Sifat yang terpuji lagi di redhai
Ya Allah tuhan yang pengasih
Alam di lihat pandangan mempesona
Meresap ke jiwa mengenal pencipta
Terasa kehebatan seluruh anggota
Nikmat di terima terasa rahmat nya
Lantas bersyukur pada tuhannya
Ya Allah tuhan yang pengasih
Ujian yang datang terasa didikannya
Tarbiah Allah secara terusnya
Apa terjadi pada dirinya
Itulah takdir tuhan yang azali
Sepenuh hati redha menerima
Ya Allah tuhan yang pengasih
Salah yang sikit derita jiwa nya
Atau jiwa derita setiap masa
Tanda menyesal terhadap salahnya
Sentiasa menangis mengenang dosanya
Ya Allah tuhan yang pengasih
Ulasan.......
Senikata nasyid ... yang perlu di hayati...
direnung dan difikirkan... moga moga mendatangkan
kebaikan kepada diri....
mendatangkan kebaikan pada keluarga...
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara....
moga sejahtera di dunia dan di akhirat.... amin

Sunday, August 8, 2010
Friday, July 30, 2010
Sunday, July 18, 2010
kenangan...di zaman persekolahan..
Sedekah... hadiah...pemberian...
Alangkah ... baiknya kiranya... sedekah.. hadiah.. memberi itu... dapat di amalkan.
.atau di jadikan kebiasaan...
Senyuman juga... suatu sedekah... kiranya " niat ikhlas"..krn Allah..
apatah lagi... memberi sesuatu kepada sesaorang...
...apatah lagi kiranya... sesuatu itu memang amat2 memerlukan.nya...
apa..pun... kiranya sedekah atau pemberian itu...
biarlah memberi kepada yg " memerlukan"....
agar pemberian itu... sesuatu yg sangat "berharga".. dan sangat "dihargai"..
moga dengan itu juga...penerima akan jadi "org yg bersyukur"
Alumni kolej kami bersama dengan Pengurusan
Saturday, June 26, 2010
Thursday, June 24, 2010
Lepas maghrib .. baca yasin seisi keluarga
Memang jadi kebiasaan keluarga kami
tiap malam jumaat bacaan yasin keluarga
moga moga ia jadi kebiasaan dan istiqamah
bawa anak2 dan keluarga ke pengkalan balak
Hingga ke tanjung supai....
Kedai yang kami pegi semua nya tutup
Akhir nya balik semula ke pengkalan balak
Mungkin rezeki kami di situ rupanya...
Begitu lah .... kehidupan...

Sunday, June 20, 2010
Thursday, June 17, 2010
SUKAN MALAYSIA XIII 2010 10 -19 JUN 2010
Khamis mlm jumaat..
Bawa anak2 dan keluarga jalan2 di Stadium Hang Jebat
Tengok aktiviti SUKMA di Stadium Hang Jebat
Lepas tu pergi Sungai Melaka
Makan2 di Tepi Sungai Melaka..
Tengok keindahan dan suasana malam di Melaka
.. itu lah kehidupan..
Ada org sibuk dengan pekerjaan dan macam2 pekerjaan dan tugasan..di siang hari..
maka malam hari ada kelapangan dan masa untuk bersama keluarga...

Monday, June 14, 2010
KELEBIHAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah,
Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Saturday, June 12, 2010
Friday, June 11, 2010
Hari ini ada 4 majlis jemputan kahwin
2 di kelantan
1 di alor gajah
1 di Padang Temu Melaka
Mula mula niat hati nak ke kelantan.. memenuhi undangan dan jemputan
kawan dan bekas pelajar . ..tapi atas sebab2 tertentu maka hasrat ke
kelantan terpaksa .. di batalkan...
doa kami moga mereka yg jadi pengantin di rahmati dan di redhai allah.. hendaknya...amin

Thursday, June 10, 2010
Majlis perasmian perkampungan sukan malaysia ke X111
Majlis perasmian di adakan pada 11 jun 2010
Hari jumaat jam 10 -12 tgh
Tempat Padang kawad UiTM
Perasmian oleh : Ketua Menteri Melaka
Sesuatu yg perlu di renungkan....
pelajar pelajar asrama sek tinggi kajang 1983
Wang bukan segala galanya... tetapi
segala galanya boleh di beli dengan wang
Pada Cinta ada seluruh apa apa...
terutama nya Cinta kepada Allah...
Lebah berlegar di pohon buah buahan...
yang di cari dan di hasilkan ialah manisan/ madu...
Lalat berlegar dan terbang di kebun yang indah
Tapi yang di cari dan di hasilkan ialah kotoran dan penyakit...
Maka jadilah seperti lebah..... yang bermanafaat kepada semua manusia...
Jadilah seperti gula... ia sentiasa di perlukan
Letak lah ia walau dimana di dalam bekas, di dalam almari, atau dimana mana sahaja
semut akan sentiasa mengejar dan mencari.......
sehingga kadang..kadang nyawa jadi taruhan,,,,
oleh kerana ia sangat di perlukan.... sehingga ada pepatah menyebut....
" Mati semut kerana gula...."
Wednesday, June 9, 2010
Sunday, June 6, 2010
SESUATU YG PERLU DI FIKIR KAN
& DI RENUNGKAN
Renungan untuk diri ini..& para guru...
Apakah benar anda seorg guru..?
Sedangkan murid tidak lagi memandangmu sebagai manusia yg perlu disayangi,
tapi dimusuhi dan di benci ?
Apakah aku guru yg bercakap dan bersikap ?
Tapi buktinya murid tidak lagi melihat cermin kebaikan kepada mu...
Apakah aku guru yg berkata dan mengkota?
Tapi tidak pun terlihat watak ayah dan ibu yg penyayang pada dirimu.
Bercakap memang mudah....
tidak semudah bersikap...
Berkata sangat mudah...
Mengota cukup susah rupanya..
Kiranya anda guru yg berkata & mengkota sudah tentulah anda guru
yg mendidik dan menjadi contoh serta mampu menjadi role model pada murid
... tapi sekiranaya anda guru yg bercakap sahaja....
anda sebenarnya bukan guru...
Ertinya anda hanya berperanan sebagai penyampai maklumat atau sekadar memberi tahu 1 ilmu..
Kiranya anda guru yg bercakap dan berbuat... anda akan di hormati
Murid murid akan kasih dan sayang serta taat pada anda...
Kalau murid2 anda ganas, tidak mendengar cakap , susah hendak di disiplin kan..
Koreksi lah diri anda.....
Suluh lah diri anda..... adakah anda org yg taat...?
" Guru ibarat kayu, bila kayu lurus, luruslah bayangan nya,,,
Bila bengkok , bengkok lah bayangannya , Begitu juga
Guru yg baik maka akan baik lah muridnya...

Friday, June 4, 2010
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, June 2, 2010
PERIHAL SENYUM
PERIHAL SENYUM
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.=
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.
Lantas .... kenapa
kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari
ini. Insya-Allah dia
akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ William
Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan
lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

SENYUMLAH
Salam...
Kalau punya masa bacalah...
Kalau tak punya waktu ...tengok aje..
SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan
perhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah
kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan
sahabatmu adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.
SENYUM harus ada ketulusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,
sama saja dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63
otot di bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja
40 otot.
Bayangkanlah!!!

Sunday, May 30, 2010
Kehidupan
Segala Puji puji hanya untuk Allah swt dan
selawat & Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
yang menjadi kecintaan bagi hamba2 yang menyintainya....
Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan berbagai peristiwa dan kisah yang kita alami. Adakala nya peristiwa ini menjadi iktibar, pengajaran, pengalaman dan guru yang dapat mendidik kita supaya menjadi insan yang dikasihi manusia dan moga di kasihi Allah s.w.t..

Thursday, May 27, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)