Wednesday, May 28, 2014

Lawatan ke ladang nenas dan Kebun Kelapa Sawit di Sempadan Tiga Daerah Batu Pahat






Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan.
 Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah.
 Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh.
 Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.

Tidak ada jalan keluar, melainkan kita pasrah berdoa dengan memohon taufik dan hidayah Allah selalu. Agar Allah pandu dan pacu hati kita ke arah kebenaran.

 Dan jika tersalah juga, mudah-mudahan Allah buka pintu hati kita untuk bertaubat. 

Kita mesti bergaul dengan manusia yang berbagai ragamnya ini. Kita mesti sabar dengan karenah mereka sepertimana mereka pun bersabar dengan karenah kita.
Petikan tulisan  Ust  Pahrol Md Joui  (cukup hanya sekali)
 
Buat  sahabat dan rakan- rakan
Moga  sentiasa dalam keberkatan
Rahmat dan  keredhaan Allah selalu... amin
 
 

Saturday, May 24, 2014

Renungan bersama

Renungan bersama

Kelakuan sesaorang  di bentuk  oleh 2 bentuk yang  paling besar
1         Pemikiran nya
2         Percakapannya
Apa yang kita fikir  apa yang  kita cakap
Akan  membentuk  perbuatan  sesaorang/ membentuk  kelakuan  sesaorang
Kelakuan ini  apabila  di ulang  dan ulang  akan  jadi habit/ tabiat
Penting  untuk  kita  membetulkan  fikiran  kita… penting  untuk  kita  membetulkan  percakapan kita
Penting  untuk  kita  membetulkan setiap  percakapan  dalam  diri  kita  sendiri
Kita  sentiasa  bercakap  dan bercakap  ini  sentiasa kita  laku kan dalam diri kita sendiri

Percakapan  kita  kepada  diri kita  sendiri  akan  membentuk  kelakuan kita sikap kita
Lantas  perbetulkan  selalu pemikiran dan percakapan  kita...


Monday, May 19, 2014



SELAMAT  HARI GURU

Hidup lah  dengan memberi  sebanyak banyak  kebaikan
Hidup berbakti
Hidup  berbudi
Hidup berjasa
Di kenang sentiasa

Sesuai dengan pantun
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati

atau dengan pantun

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung  Daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang jua....



Hulurkan  segala  kebaikan demi  mencari
rahmat  dan keredhaan  Allah..

Renungan buat diri...Muhasabah selalu....




Sunday, May 4, 2014

Akhlak mulia

Baiki  akhlak dan tingkah laku
Peringatan  buat diri ku ini

Binalah  peribadi  yang  baik
Akhlak yang  baik
Tingkah laku  yang baik
Tutur kata yang baik
Yang lebih  utama
"Hati  yang baik"
Kerana hati adalah  " Raja"
dalam kepimpinan
dalam diri manusia...
Baik  raja, baik lah rakyatnya...
Maaf...

Adakalanya  kita  rasa  takut  untuk  berbicara
Adakalanya  kita  rasa  bimbang untuk  berkata kata..
Adakalanya  kita  rasa  berat  untuk  melahirkan buah bicara..
Adakalanya  kita  rasa  terlalu  berkira kira untuk  melahirkan sebarang kata kata,

Takut  sekali  andai  tersalah kata
terlanjur bicara...
Berhati hati  dengan lidah
Kerana  lidah  itu  lembut,  tapi  berbisa..
Lidah  perlu di pelihara
Lidah  perlu  di jaga
Bak  kata  pepatah..
Kerana  pulut  santan binasa
Kerana  mulut  badan binasa...
Begitu juga ..
Kata orang..." Kata kata  yang belum  keluar
dari mulut,  kita  yang punya,  tapi  setelah  keluar
dari mulut orang  yang  punya"
Kerana  kata  kata  bisa  menjadi  kawan...
Kerana  kata kata  jugak  boleh  menjadi lawan.
Moga- moga  segala kata kata  yang  baik
menjadi  nasihat  dan  sedekah  serta  amal  jariah yang  berpanjangan..  amin