Monday, January 21, 2013

Mendengar....

Aduhai  diri...
Banyakkan  munajat mu  kepada tuhan...
kerana  sesungguhnya  Allah  itu  maha  mendengar
segala  permohonan  dan  permintaan  hamba nya...

Pohon lah  dari  sekecil kecil  permintaan..
hingga lah  sebesar besar  permohonan...
kerana  sesungguh nya  Allah itu  sentiasa
mendengar  permohonan hamba- hamba nya

Ucaplah dari lidah dan hati mu..
minda  dan fikiran mu...
sentaisa  mengharap, meminta dan memohon.
moga  perjalanan hidup sentiasa dalam pimpinan
dan petunjuk ilahi....
agar  selamat  di sini dan disana....


LETAKKAN  CINTA  KEPADA  RASULULLAH  DI HATI MU.....

Cinta  tidak  semestinya  bertemu...

Cinta  tidak  semestinya  bersama

Dimensi  cinta  ialah   ukuran  rasa, bukan oleh  jarak  yang  jauh...

atau  masa  yang  panjang  dan  pendek

Cinta  merombak  batasan  masa... jarak  dan  ruang...
petikan  Ust  Pahrol  Mohd  Juoi

LIRIK NASYID  RAIHAN  

YA  RASULULLAH


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaat mu


Monday, January 7, 2013


PROGRAM  MAJLIS  BACAAN  YASIN  AWAL  SEMESTER  DAN  KHATAN  PERDANA
SEMPENA  CUTI  SEKOLAH
TARIKH : 15  DIS 2012 (SABTU)
BERSEMPENA  JUGA HARI  TERBUKA  KOLEJ  ZON  B
TEMPAT  : DATARAN  ILMU, MASJID  AL HIKMAH  DAN  DEWAN  SYURA
ANJURAN  BERSAMA  KOLEJ  TUN  HASAN ,  KOLEJ  JEBAT,
 UNIT  KESIHATAN, DAN  CITU  UiTM MELAKA

Majlis  Perarakan  dengan  paluan  kompang  oleh  pelajar  pelajar  kolej  jebat












  Sesi  Bergambar  Bersama  Timbalan  Rektor, Ketua KPP CITU, Ustazah Noraini  PPP Tun Hasan serta Ibu ayah  peserta  yang  berkhatan, 




Sesi  Mandi manda  Bersama  bomba  dengan  Pancutan air