Wednesday, February 22, 2012

Kenapa...

Kenapa selalu menghisab dan menghitung kesalahan  orang lain...
daripada menghisab dan menghitung kesalahan diri sendiri...
kenapa selalu  menilai dan merendahkan orang lain ...
daripada menilai diri sendiri....
Kenapa sering menghitung dosa... dan kelakuan orang lain..
dari menghitung dosa dan kelakuan diri sendiri...
Kenapa  sering mempertikaikan... kelemahan dan...
kekurangan orang lain dari  kelemahan  dan
kekurangan diri sendiri...
... Bukan kah kita juga punya banyak kesalahan ...
....Bukan kah kita juga punya kelemahan...
... Bukan kah kita juga punya banyak  kekurangan..
...Bukan kah kita juga banyak dosa... dan tidak sunyi
dari kesalahan dan kesilapan...
Lantaran itu...
 Hitung lah diri kamu  sebelum kamu sibuk  menghitung... kesalahan, kelemahan, kekurangan...
dan dosa orang lain....
Moga moga dengan itu... diri dapat di perbaiki...
diri dapat di selamatkan...
diri dapat dijauhkan dari  fitnah, umpat , keji..dan dusta...
dan segala kemurkaan tuhan....
hitung lah diri sendiri terlebih dahulu..
sebelum di hitung oleh tuhan...
di negeri yang kekal abadi....
kerana " nasib kita belum tahu"
mohon doa.. pintalah pada tuhan...
moga keampunan dan keredhaan tuhan..
mengiringi kita selalu... amin

Monday, February 20, 2012

Jaga lah, dan peliharalah ... hati..


 antara petanda bila hati kotor dan rosak .

 kita nampak semua, adalah kejahatan..

 tiada kebaikan...

malah  sentiasa bersangka buruk

 di dalam setiap situasi dan keadaan...

Pelihara lah hati dan bersihkan selalu..

moga ada sinar dan cahaya ilahi

 dalam menyuluh kehidupan..

 untuk selamat di dunia dan di akhirat...


Orang yang kaya hati nya
dengan kasih sayang...
biasa nya berlaku pemurah
untuk memberi dan menaburkan
kasih sayang itu kepadaa setiap insan..
kerana lazimnya...
orang yang mewah dengan kasih sayang..
pandai menilai dan menghargai
kasih sayang untuk di semai
dan di agihkan kepada
setiap manusia..
demi mencari  redha dan..
kasih sayang  tuhan...

Sunday, February 19, 2012

Alangkah baik
Andainya...
Lidah  yang lembut itu
dapat  melahirkan ....
kata-kata yang menyejukkan hati..
dapat  mengeluarkan  
kata kata yang menyenangkan hati...
Lafaz-lafaz yang dituturkannya menjadikan
orang berkasih sayang
Bahasa yang diucapkan mendamaikan
dua golongan yang selisih faham
Menyedarkan menginsafkan...
dan mendekatkan diri kepada  Allah swt...
Gunakanlah sebaik mungkin....
segala nikmat dan kurniaan tuhan...yang ada..
ke arah  kebaikan ...
dan keredhaannya..

Thursday, February 16, 2012

Semalam...  maghrib hingga ke isyak..
17 Feb 2012
Bilik Rekreasi/ Bilik Bacaan Kolej Jebat
 Kami mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat..
Terima kasih  kepada anak- anak dan warga kolej yang dapat  menghadirkan diri..
Syukur pada Allah ... anda yang hadir adalah ... orang orang yang punya kelapangan  masa..
dan  yang  penting Allah izinkan untuk hadir dalam majlis ilmu atau majlis zikrullah..
moga kita semua beroleh keberkatan  dan kerahmatan dari Allah s.wt

Suburkan hati...

Suburkan hati...
supaya  ada rasa kecintaan  untuk melakukan kebaikan..
suburkan hati supaya ada rasa kesungguhan untuk  melakukan kebajikan..
suburkan hati supaya ada rasa keinsafan  apa bila melihat sesuatu kejadian...
suburkan hati  supaya  ada rasa kehambaan dalam melaksanakan sesuatu ibadah..
suburkan hati supaya datang rasa keikhlasan ....di setiap kerja yg di lakukan..
kerana hati tempat jatuhnya pandangan Allah...
jasad lahir sekadar tempat lahir pandangan manusia...
moga moga  lahir dan batin...
dapat di perbaiki...

Wednesday, February 15, 2012

Jaga lah akhlak..

Jaga lah akhlak , peribadi .. dan tingkah laku..
Bukan kah akhlak buah ibadah..
Alangkah rugi andai...ibadah ibadah
yang di lakukan tidak mebuahkan akhlak dan peribadi yang
baik  kepada setiap diri....
Peribadi yang baik ...lazim nya..
mencerminkan hati yang baik..
Bukan kah hati itu tempat pandangan Allah..
kerana Allah memandang hati hati kita..
sejauh mana ikhlas nya hati.. sejauh mana bersihnya hati..
sejauh mana..rasa kehambaan dalam diri..
sejauh mana keinsafan yang ada dalam hati sanubari..
moga moga kita sentiasa memelihara...
Akhlak dengan Allah swt..
dan Akhlak sesama manusia...
demi mencari keredhaan Allah

Saturday, February 4, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012 | SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULID NABI

Untuk Insan yang teragung
Insan yang mulia di sisi tuhan
Nabi yang memberi syafaat kepada sekelian umat...
Junjungan besar  Nabi Muhammad S.a.w

12 Rabiulawal adalah detik lahirnya seorang kekasih. Kekasih saya, kekasih anda, kekasih kita semua. Kekasih Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Jom, luangkan sedikit masa kita untuk memperingati sebuah kisah baginda:
Ketika hayatnya, Rasullah tidak pernah terlepas pergi memberikan makanan pada seorang Yahudi buta yang bermukin di sudut pasar. Ketika memberikan makanan kepadanya, Rasulullah tidak henti-henti akan mendengar cercaan, hinaan dan sumpah seranah Yahudi tua itu. Sedangkan, si Yahudi itu tidak tahu bahawa dia sedang berhadapan dengan orang yang dibencinya itu.
Selepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar datang bertemu anaknya Aisyah yang merupakan isteri baginda. Abu Bakar bertanyakan Aisyah apakah kelaziman yang Rasulullah tidak pernah abaikan. Aisyah meyakinkan bahawa tiada satupun kelaziman baginda yang tidak diketahui oleh Abu Bakar kerana ayahnya itu adalah sahabat baik suaminya Muhammad. Namun ada satu perkara yang dikhuatiri Aisyah. Lalu Aisyah mengkhabarkan perihal Rasulullah yang setiap hari membawa makanan buat si Yahudi buta itu.
Keesokannya, Abu Bakar membawa makanan menuju ke pasar dengan niat untuk menjadi penyambung kepada kelaziman Rasulullah itu. Sebaik dihulurkan makanan kepada Yahudi buta itu, dia menolak makanan itu dan berkata: Kau bukan orang yang membawakan makanan buatku setiap hari. Abu Bakar kehairanan lalu bertanya: Apa bezanya? Yahudi buta itu menjawab: Setiap kali dia datang, dia tidak pernah akan menyusahkan aku untuk mengunyah makanan ini. Dia akan menghaluskan makanan itu untukku dan kemudian menyuapkan terus ke mulutku.
Abu Bakar menangis di saat itu juga. Lalu Abu Bakar bertanya: Tahukah kau siapakah orang itu, wahai si tua? Yahudi itu menjawab tidak. Lalu Abu Bakar membalas: Dengan nama Tuhanku, juga Tuhannya, dialah Muhammad, orang yang kau keji-keji selama ini. Dan Muhammad itu sudahpun meninggal dunia.
Dengan nama Allah, di saat itu juga lelaki Yahudi buta itu menangis-nangis. Dan terus, dengan disaksikan oleh Abu Bakar, si Yahudi itu melafazkan syahadah. Tanda Tuhannya kini sama dengan Muhammad, Abu Bakar dan muslimin sekeliannya.
[Dipetik dari Blog Kak Sarah]
sumber dari :
http://sembangkomputer.com/salam-maulidur-rasul/