Thursday, May 26, 2011

Pesan Cikgu....


Sesuatu  yg boleh difikirkan untuk  kebaikan...
berpesan pesan ke arah kebaikan....
moga moga ada kebaikan...


Lawatan Sekolah Kebangsaan Sg Koyan Kuala Lipis Pahang


Seronok  dengan gelagat anak anak... sekolah  yg datang melawat.. ke kampus kami..
moga moga jadi pendorong dan motivasi untuk mereka  meneruskan  cita cita untuk ke Universiti  di masa hadapan...

sekadar selingan untuk fikirkan.....

Kasih Sayang....


KASIH SAYANG...

Manusia  walau apa bangsa, bahasa agama dan warna kulit  sekalipun serta walau dimana saja dia berada, dengan berbagai taraf  kedudukannya di tengah masyarakat, dia dilahirkan dengan sifat  ingin di kasihi  dan suka berkasih sayang. Kalau seseorang itu terasa diberi kasih sayang oleh org lain, sekalipun org itu bukan sebangsa dan seagama dengannya, dia akan suka jatuh hati dan jinak dengan org tersebut.

Demikian rahsia manusia ini. Lahir bersama hati  yang ingin dikasihi.Inilah yang dikatakan fitrah semulajadi. Kasih sayang akan mendekatkan benua dengan benua, negara dengan negara dan mengikat manusia menjadi  bersaudara  sekalipun  berlainan bahasa, bangsa, agama,budaya,warna kulit berlainan kedudukan dan lain lain lagi.

Rasa ingin di kasihi  dan cetusan kasih sayang yang sedemikian yang ada dalam hati  setiap makhluk yang dipanggil  manusia ini, adalah rasa  yang dibekal  dan dianugerahkan  oleh Allah   sejak seseorang itu di lahirkan.

Allah yang mencipta  dan melahirkan manusia ke dunia  telah membekalkan  kepada setiap manusia  rasa kasih sayang  tanpa perlu mempelajarinya, tanpa meminta dan tanpa mengushakannya. Ia wujud seelok wujudnya manusia itu. Ia disebut rasa fitrah. Yakni sifat semula jadi. Semua manusia memilikinya, samada lelaki ataupun perempuan, pemimpin atau pengikut, ibu bapa atau anak anak, suami atau isteri, guru atau murid, tidak kira apa bangsa atau  agama sekalipun.