Saturday, June 26, 2010

26  Sabtu
Pendaftaran  pelajar baru
dari  berbagai  kursus
8.00 -3.00 ptg
Bilangan  pelajar mendaftar  sekitar..hampir 1900

Malam pergi  Chalet Keluarga di Kuala Linggi
Jemputan  dari  Sekolah Keb Lendu
untuk  AJK  PIBG  bagi  Program Perkemahan  Pelajar

& 27 jun  -Ahad
Pendaftaran  pelajar2  pra diploma

Thursday, June 24, 2010

gambar atas & bawah
 UUM Sintok Kedah pada 23 mei 2010
Lepas maghrib .. baca yasin seisi keluarga
Memang  jadi kebiasaan  keluarga kami
tiap malam jumaat  bacaan yasin keluarga
moga moga  ia jadi kebiasaan dan istiqamah
 bawa  anak2  dan keluarga  ke pengkalan balak
Hingga ke tanjung supai....
Kedai yang  kami  pegi semua nya tutup
Akhir nya  balik semula ke pengkalan balak
Mungkin  rezeki  kami  di situ rupanya...
Begitu lah  .... kehidupan...

Sunday, June 20, 2010

pagi sarapan kat warung
menghala ke Tanjung Bidara
Lepas tu terus ke KPTM
Air Molek Masjid Tanah

Petang bawa anak2 pegi
Mandi Laut kat Sungai Tuang
Berhampiran masjid Sungai Tuang
Pengkalan Balak

Thursday, June 17, 2010

SUKAN MALAYSIA XIII 2010 10 -19 JUN 2010

Khamis mlm jumaat..
Bawa  anak2  dan keluarga  jalan2  di Stadium Hang Jebat
Tengok  aktiviti SUKMA  di Stadium  Hang Jebat
Lepas tu  pergi  Sungai Melaka
Makan2 di Tepi Sungai Melaka..
Tengok  keindahan dan suasana malam di Melaka
.. itu lah kehidupan..
 Ada  org  sibuk dengan  pekerjaan  dan  macam2  pekerjaan dan tugasan..di siang hari..
maka  malam  hari  ada  kelapangan dan masa  untuk bersama  keluarga...

Monday, June 14, 2010


KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah,
Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. * Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Saturday, June 12, 2010

Malam perasmian Sukan Malaysia di Stadium Hang Jebat
Hantar Syazwan ke Stadium Hang Jebat
Syazwan terlibat dalam pasukan kompang untuk sambutan
perasmian SUKMA

Friday, June 11, 2010

Hari ini ada 4 majlis jemputan  kahwin
2 di kelantan
1 di alor gajah
1 di Padang Temu  Melaka

Mula mula niat  hati  nak ke kelantan.. memenuhi undangan  dan jemputan 
kawan dan bekas  pelajar . ..tapi atas  sebab2  tertentu  maka hasrat  ke
kelantan  terpaksa .. di batalkan... 
doa kami  moga  mereka  yg  jadi pengantin  di rahmati dan di redhai  allah.. hendaknya...amin

Thursday, June 10, 2010

Majlis perasmian perkampungan sukan malaysia ke X111

Majlis perasmian  di adakan pada  11 jun 2010
Hari  jumaat  jam 10 -12 tgh
Tempat  Padang  kawad   UiTM
Perasmian  oleh  : Ketua  Menteri Melaka

Sesuatu yg perlu di renungkan....


pelajar pelajar asrama sek tinggi kajang 1983

KATA KATA HIKMAH

Wang  bukan segala galanya... tetapi 
  segala galanya  boleh  di beli  dengan  wang

  Pada  Cinta ada  seluruh apa apa...
    terutama nya  Cinta  kepada  Allah...

 Lebah  berlegar  di pohon buah buahan...
   yang di cari dan di hasilkan  ialah manisan/ madu...
       Lalat  berlegar dan terbang  di kebun  yang indah
       Tapi  yang di cari dan di hasilkan  ialah kotoran dan  penyakit...
Maka  jadilah  seperti  lebah..... yang  bermanafaat  kepada semua  manusia...

Jadilah  seperti gula... ia  sentiasa  di perlukan
Letak lah  ia  walau  dimana  di dalam  bekas, di dalam almari, atau  dimana mana  sahaja
semut  akan  sentiasa   mengejar  dan  mencari.......
sehingga  kadang..kadang  nyawa jadi   taruhan,,,,
oleh kerana  ia  sangat  di perlukan....  sehingga  ada  pepatah  menyebut....
" Mati  semut  kerana  gula...."

Sunday, June 6, 2010

 SESUATU  YG  PERLU DI FIKIR KAN
   & DI RENUNGKAN

Renungan untuk diri ini..&  para guru...
  Apakah benar anda seorg  guru..?
 Sedangkan  murid tidak lagi memandangmu  sebagai  manusia yg perlu disayangi,
tapi  dimusuhi dan di benci ?

Apakah  aku  guru yg bercakap  dan bersikap ?
Tapi  buktinya murid tidak lagi melihat  cermin  kebaikan   kepada mu...
Apakah aku  guru yg berkata dan mengkota?
Tapi tidak pun  terlihat  watak ayah dan ibu yg  penyayang  pada dirimu.

Bercakap memang mudah....
tidak semudah bersikap...
 Berkata  sangat mudah...
Mengota  cukup susah rupanya..
   Kiranya anda  guru  yg  berkata & mengkota  sudah tentulah anda  guru
yg  mendidik dan  menjadi contoh serta  mampu  menjadi role model  pada murid
... tapi  sekiranaya  anda  guru  yg  bercakap  sahaja....
anda sebenarnya   bukan  guru...
Ertinya  anda  hanya  berperanan  sebagai  penyampai  maklumat  atau  sekadar  memberi tahu 1 ilmu..

Kiranya anda  guru yg bercakap dan berbuat... anda akan di hormati
Murid murid akan kasih dan sayang  serta taat  pada  anda...
  Kalau murid2  anda  ganas, tidak mendengar cakap , susah hendak  di disiplin kan..
    Koreksi lah diri anda.....
    Suluh lah diri anda..... adakah anda  org  yg  taat...?
    " Guru ibarat  kayu,  bila kayu lurus, luruslah bayangan nya,,,
       Bila bengkok , bengkok lah  bayangannya , Begitu juga 
        Guru yg baik  maka akan  baik lah muridnya...

gambar2 kenangan lagi

gambar kenangan

kawan2  sekelas KHS 82&83

Saturday, June 5, 2010

pelajar tingkatan 6

mandi manda di PD 

PASUKAN  BOLA SEPAK ASRAMA

BERSAMA ADIK ADIK DALAM DORM

Atas & Bawah Berhari Raya di Rumah Adon Ulu Langat

Hari Raya di Rumah Shahir 1983

Di Rumah Adon Ulu Langat 1983
depan library UKM

Friday, June 4, 2010

Thursday, June 3, 2010

Program Motivasi  Pelajar
Sek Keb Lendu  pada 22 Mac 2008
Seminar Remaja  1 Mac 2008

Wednesday, June 2, 2010

PERIHAL SENYUM

 PERIHAL  SENYUM

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.=
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.
Lantas .... kenapa
kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari
ini. Insya-Allah dia
akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian
persahabatan........ William
Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan
lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya

SENYUMLAH

Salam...
Kalau punya masa bacalah...
Kalau tak punya waktu ...tengok aje..

SENYUM adalah bahasa dunia.
Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu
mengindahkan
perhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah
kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda
menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan
sahabatmu adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk
SENYUM.
SENYUM harus ada ketulusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,
sama saja dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya
menggerakkan 15 otot
manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63
otot di bahagian muka.
Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja
40 otot.
Bayangkanlah!!!